• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fedtri Yahya Cedera Di Muka Terjatuh Basikal

oleh
17/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Ahmad Fedtri Yahya cedera selepas terjatuh dalam kejadian di tempat letak kereta di Sri Pentas, Bandar Utama di sini, semalam.

Ahmad Fedtri cedera pada bahagian muka iaitu kening kiri dan bibir sehingga perlu dijahit.

Mengesahkan perkara itu, TV3 dalam kenyataannya memberitahu, Ahmad Fedtri sedang dirawat di hospital.

“Insiden membabitkan basikal berlaku di tempat letak kereta Sri Pentas selepas siaran langsung MHI, semalam. Ahmad Fedtri sudah selesai menjalani prosedur rawatan dan sedang berehat di hospital.

“Terima kasih atas keprihatinan rakan-rakan media. Sama-sama kita doakan semoga Ahmad Fedtri cepat pulih,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Ahmad Fedtri melalui mesej kepada BH Online mengesahkan sedang menjalani rawatan susulan akibat insiden itu.

“Saya hendak membuat pemeriksaan x-ray… Malam tadi, saya selamat menjalani pembedahan kecil.

“Saya mengalami patah tulang pipi, dahi dan bibir koyak serta hidung beralih kedudukan sedikit,” katanya.

Isteri penulis lirik terkenal itu turut memaklumkan kejadian menimpa suami melalui Instagram (IG), kira-kira enam jam lalu.

Entri itu turut memaparkan wajah Ahmad Fedtri yang cedera akibat insiden itu.

Sementara itu, pengikut penulis lirik Basyirah itu dan selebriti mendoakan semoga Ahmad Fedtri segera sembuh melalui komen di laman sosial. – BH Online

Tags: Ahmad Fedtri Yahyaterjatuh basikal
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PS5 Sony Akan Dilancarkan November Ini

Next Post

Syed Saddiq Daftar Parti Muda Malaysia

Related Posts

Mengapa JKR ‘Double Standard’ Kemalangan Libatkan Menteri

28/12/2020
0

TULAR berita kemalangan yang melibatkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar semalam. Beliau mengalami luka dan...

Ustaz Azhar Idrus Keluar Wad Hospital Hari Ini

11/11/2019
0

KUALA TERENGGANU - Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dibenarkan pulang, hari ini, selepas menjalani pembedahan dan rawatan di Hospital...

Next Post

Syed Saddiq Daftar Parti Muda Malaysia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd