• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Air Akan Pulih Sepenuhnya Hari Ini

oleh
08/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekalan air di semua kawasan yang mengalami gangguan bekalan di Wilayah Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor akan pulih sepenuhnya hari ini, kata Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri.

Beliau berkata sebanyak 65 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan bekalan di Wilayah Klang/Shah Alam, Gombak, Petaling dan Kuala Lumpur setakat 12.30 tengah hari ini.

Katanya peratusan pemulihan air di Gombak adalah 98.18 peratus; Petaling (97.37 peratus); Klang/Shah Alam (80.79 peratus) manakala Kuala Lumpur 92.71 peratus.

“Secara keseluruhannya, 1,227 kawasan telah pulih sepenuhnya daripada 1,292 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual dengan peratusan pemulihan pada tahap 94.97 peratus.

“Terdapat satu kawasan masih belum pulih sepenuhnya walaupun tersenarai dalam kawasan kumpulan satu yang sepatutnya pulih sepenuhnya pada 12 tengah malam 7 September. Sementara 13 kawasan yang berada dalam kumpulan dua juga masih belum mendapat bekalan air yang sepatutnya pada 12 tengah malam tadi,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Elina berkata Air Selangor sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem agihan bagi memulihkan bekalan di kawasan-kawasan terlibat.

Para pengguna dinasihatkan supaya tidak menyimpan dan menggunakan air berlebihan bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan Air Selangor, katanya.

Gangguan bekalan air sekitar Lembah Klang bermula 3 September lepas apabila Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, dan Rantau Panjang dihenti tugas akibat pencemaran sumber air mentah. – BERNAMA

Tags: air selangorGangguan Bekalan Air
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pavithra Serah Surat Tarik Balik Dakwaan Dipukul Suami

Next Post

Judi Sungai Buloh: Laporan Khas JIPS Dihantar Ke KPN

Related Posts

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

10/02/2025
0

IPOH : Gangguan bekalan air yang menjejaskan 50,000 akaun pengguna beberapa kawasan di dua daerah iaitu Batang Padang serta Hilir...

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

13/12/2024
0

GEORGE TOWN - Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air...

Next Post

Judi Sungai Buloh: Laporan Khas JIPS Dihantar Ke KPN

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd