• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arab Saudi Benar Ibadah Umrah Bermula 4 Oktober Ini

oleh
23/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Arab Saudi akan membenarkan semula ibadah umrah untuk umat Islam bermula 4 Oktober depan, kata Kementerian Dalam Negeri, semalam.

Negara beraja tersebut telah menggantung ibadah itu pada Mac lalu tetapi membenarkan ibadah haji berlangsung dalam bilangan yang terhad sekali gus menjejaskan hasrat berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia kerana bimbang Covid-19 tersebar ke tempat-tempat suci umat Islam.

Pada peringkat pertama, kira-kira 6,000 warganegara dan penduduk di dalam negara itu akan dibenarkan untuk melakukan ibadah umrah setiap hari mulai 4 Oktober depan, kata kementerian tersebut dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Saudi Press Agency (SPA).

Umat Islam dari luar Arab Saudi akan dibenarkan mengerjakan ibadah umrah bermula 1 November depan apabila bilangan jemaah akan ditingkatkan kepada 20,000 orang pada setiap hari, kata kementerian tersebut.

Menurut kementerian itu, ibadah tersebut akan dibenarkan untuk menerima jemaah dalam jumlah yang besar selepas pandemik Covid-19 berakhir.

Keputusan untuk membenarkan semula ibadah umrah dibuat selepas negara beraja itu mengendalikan ibadah haji dengan jumlah jemaah paling kecil dalam sejarah sejak Julai lalu dengan hanya kira-kira 10,000 umat Islam dibenarkan untuk mengerjakannya.

Arab Saudi berusaha untuk menangani kadar jangkitan Covid-19 yang kini meningkat kepada lebih 330,000 kes iaitu yang tertinggi di rantau Teluk dan dengan lebih 4,500 kematian.

Namun, negara itu melaporkan jumlah kes sembuh yang tinggi yang melepasi 312,000 pesakit semalam.

Pada minggu lalu, Arab Saudi melonggarkan sebahagian penggantungan penerbangan antarabangsa, enam bulan selepas larangan perjalanan dilaksanakan ekoran wabak tersebut. – Agensi

Tags: Arab Saudiumrah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd