• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Kematian, 147 Kes Baharu Covid-19

oleh
23/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jangkitan baharu Covid-19 dalam negara meningkat mendadak kepada 147 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 10,505 kes setakat ini.

Dalam pada itu, tiga kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian bertambah 133 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 147 kes baharu yang dilaporkan itu, 4 kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan bakinya 143 kes penularan tempatan. 

Beliau berkata, kes import itu membabitkan tiga warganegara dan seorang bukan warganegara.

Bagi 143 kes penularan tempatan, katanya, sebanyak 119 kes membabitkan warganegara manakala 24 bukan warganegara.

“Kes baharu Covid-19 hari ini meningkat kepada tiga digit dengan Sabah merekodkan 134 kes, Kedah (5) dan Kelantan (1), selain empat kes import. 

“Kluster baharu di Sabah, Kluster Udin. Tiga kematian dilaporkan dua di Sabah dan satu di Kedah,” katanya dalam status dimuat naik di Facebook, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, ada 39 kes yang pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 9,602 kes iaitu 91.4 peratus.

Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 770 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan.

“Sehingga kini, lapan pesakit positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd