• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

182 Kes Baharu COVID-19, 181 Penularan Tempatan

oleh
11/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes baharu COVID-19 kembali melonjak ke tiga angka apabila mencatat 182 kes melibatkan 181 penularan tempatan serta satu kes import, iaitu tertinggi dalam beberapa bulan selepas mencatat 100 kes, Selasa lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah penularan tempatan, 90 adalah warganegara manakala 91 bukan warganegara. 

“Satu kes import dilaporkan di negeri Selangor, melibatkan seorang warganegara Filipina,” katanya dalam kenyataan berhubung perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata jumlah kes baharu itu menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 9,810 kes dengan kes aktif kebolehjangkitan adalah 501 kes.

Sementara itu, katanya terdapat 14 kes yang telah pulih serta tiada pertambahan kematian menjadikannya jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik itu kekal 128.

Beliau berkata sehingga kini terdapat sembilan kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk lima kes memerlukan bantuan pernafasan.

Mengenai tiga kluster aktif, Dr Noor Hisham berkata Kluster Benteng LD, Sabah hari ini mencatatkan 167 kes baharu dengan jumlah keseluruhan kes dalam kluster itu kini ialah 250 kes.

“Semua kes baharu dicatatkan di Tawau dan daripada jumlah ini 76 kes adalah warganegara iaitu 70 kes adalah banduan penjara dan enam kes melibatkan orang awam yang dikesan melalui saringan kontak rapat.

“Sementara baki 91 kes ialah bukan warganegara melibatkan negara Filipina (61 kes) dan Indonesia (30 kes),” katanya.

Bagi Kluster Sungai di Kedah pula, terdapat pertambahan 11 kes pada hari ini menjadikan keseluruhan 50 kes positif dalam kluster tersebut.

Bagi Kluster Telaga pula, tiga kes baharu dikesan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam kluster itu ialah 16 kes.

Dr Noor Hisham menambah situasi semasa kluster-kluster dan kawasan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Setakat ini, pelaksanaannya berjalan lancar dan kerjasama masyarakat setempat adalah amat baik,” katanya. – BERNAMA

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd