• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15 Oktober Pengurusan Kes Rayuan Najib Sabitan Kes SRC

oleh
02/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan menetapkan 15 Oktober ini untuk pengurusan kes rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap sabitan, hukuman penjara dan denda atas tujuh pertuduhan melibatkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. 

Peguamnya Muhammad Farhan Muhammad Shafee mengesahkan perkara itu ketika dihubungi melalui pesanan teks.

Bekas perdana menteri itu mengemukakan rayuan terhadap sabitannya, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dijatuhi Mahkamah Tinggi.

Pada 28 Julai  lepas, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati Najib, 67, bersalah atas tujuh pertuduhan melibatkan tiga pertuduhan pecah amanah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan penyalahgunaan kedudukan yang melibatkan dana SRC.

Ahli Parlimen Pekan itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap kesalahan CBT dan pengubahan wang haram serta penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau penjara lima tahun bagi kesalahan penyalahgunaan kuasa.

Hakim bagaimanapun  memerintahkan agar kesemua hukuman penjara berjalan serentak.

Najib kini bebas dengan jaminan RM2 juta berserta dua penjamin.

Sementara itu, pihak pendakwaan juga memfailkan rayuan untuk menambah tempoh hukuman penjara dan denda yang dikenakan terhadap Najib. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakSRC International
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

05/05/2023
0

Kuala Lumpur : Suspek skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd dicekup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

13/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan rayuan akhirnya akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd