• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

115 Kes Baharu Covid-19

oleh
28/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jangkitan baharu Covid-19 dalam negara mencatatkan 115 kes baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 11,034 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 115 kes baharu itu, tiga kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan bakinya 112 kes penularan tempatan.

Beliau berkata, kes import itu membabitkan satu individu warganegara dan dua bukan warganegara.

“Bagi 115 kes penularan tempatan, sebanyak 98 kes membabitkan warganegara manakala 14 bukan warganegara.

“Kes baharu Covid-19 hari ini mendapati Sabah kekal tertinggi iaitu 124, Selangor (11), Kuala Lumpur (6) dan Pahang (4),” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Noor Hisham berkata, sebanyak 54 kes yang pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 9,889 kes iaitu 89.62 peratus.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1011 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan.

“Sehingga kini, lapan kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan lima kes yang memerlukan bantuan pernafasan dan tiada kematian dilaporkan hari ini,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hajiji Terima Watikah Pelantikan Ketua Menteri Sabah

Next Post

Al-Sultan Abdullah Masih Jalani Rawatan Susulan Di IJN

Related Posts

82,637 Petugas Kesihatan KKM Dikecualikan Waktu Bekerja Syif

82,637 Petugas Kesihatan KKM Dikecualikan Waktu Bekerja Syif

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk memberi pengecualian kepada waktu bekerja syif bagi petugas kesihatan membabitkan lima skim perkhidmatan kritikal di...

Tunku Mahkota Ismail Gesa KKM Tempatkan Segera Petugas Kesihatan Di Hospital Pasir Gudang

Tunku Mahkota Ismail Gesa KKM Tempatkan Segera Petugas Kesihatan Di Hospital Pasir Gudang

08/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menitahkan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya tindakan segera dapat diambil untuk menempatkan petugas...

Next Post

Al-Sultan Abdullah Masih Jalani Rawatan Susulan Di IJN

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd