• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sesi Libat Urus Bincang RMKe-12 Masih Diteruskan

oleh
04/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sesi libat urus bagi membincangkan penambahbaikan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) membabitkan kerajaan negeri, kementerian dan agensi berkaitan masih berjalan dan dijangka selesai tidak lama lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kebanyakan sesi libat urus telah diadakan bersama kerajaan negeri, ahli Parlimen dan badan pemikir bagi mendapatkan input mengenai peruntukan, dasar dan strategi.

“Setelah kita mengadakan libat urus ini, saya dapati ada perkara-perkara yang perlu dilihat semula. Saya tidak ada masalah untuk ahli Parlimen yang ingin meneruskan sesi libat urus ini kerana masa ada lagi. Perkara baharu yang telah saya umumkan adalah mengenai Pendapatan Garis Kemiskinan.

“Kita telah mengadakan libat urus dengan 12 ahli Parlimen dan banyak pandangan bernas telah kita terima untuk merangka dasar yang lebih berkesan mengenai PGK dalam RMKe-12,” katanya semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Mustapa berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (BN-Baling) berhubung sesi libat urus mengenai RMKe-12.

Selain itu, beliau berkata RMKe-12 akan dibentangkan tahun hadapan dan ruang juga diberikan untuk sesi perbahasan berkaitannya di Parlimen.

“RMKe-12 akan dibentangkan pada tahun hadapan dan ada ruang yang cukup besar untuk membahaskannya. Ini bukan perkara yang luar biasa, lagipun kita belum lagi tiba di 2021. RMKe-12 bermula pada 2021. Masalah perbahasan tidak timbul,” katanya.

Sebagai rekod, pembentangan RMKe-12 di Parlimen yang dijadualkan pada 6 Ogos ini ditunda kepada Januari 2021 untuk membolehkan ia dikaji semula susulan kesan ekonomi dunia akibat penularan pandemik COVID-19.

Bagaimanapun tarikh yang dijadualkan semula untuk pembentangan RMKe-12 belum ditetapkan lagi.

Sebelum ini dilaporkan, Unit Perancang Ekonomi akan menyusun semula RMKe-12 dengan mengambil kira keadaan ekonomi terkini dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal berada di landasan pembangunan mampan dan inklusif. – BERNAMA

Tags: Mustapa MohamedParlimenRMKe-12
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

Pertelingkahan Mamba, Mambang Buat Johari ‘Sesak Nafas’

Pertelingkahan Mamba, Mambang Buat Johari ‘Sesak Nafas’

06/08/2025
0

KUALA LUMPUR - Kekecohan yang berlaku akibat pertelingkahan di Dewan Rakyat membabitkan beberapa ahli Parlimen menyebabkan Speaker Dewan Rakyat, Tan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd