• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rundingan Terus Adalah Lumrah, Perkara Biasa – Guan Eng

oleh
25/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyifatkan kelulusan bagi beberapa projek secara rundingan terus ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) adalah lumrah dan perkara biasa.

Menurutnya, dalam beberapa keadaan, keputusan perlu dibuat tanpa melalui tender atas beberapa faktor termasuk keselamatan.

Katanya, keputusan yang diambil itu mengikut garis panduan permohonan secara rundingan terus dan ia mengikut apa yang dijanjikan di dalam manifesto pilihan raya.

“Kementerian Kewangan PH mengamalkan sistem tender terbuka, selaras Janji 23,manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) iaitu ‘kami akan memastikan sistem tender terbuka digunakan dengan meluas dan telus terutamanya bagi projek besar.

“Jelas di sini, tidak disebut bahawa tidak boleh menggunakan kaedah rundingan terus dalam keadaan tertentu,” katanya ketika sidang media di Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya, projek rundingan terus di zaman PH hanya mewakili enam peratus daripada keseluruhan nilai pembangunan atau 1.4 peratus berbanding keseluruhan perolehan.

Semalam, Dewan Rakyat gamat selepas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan sebanyak 101 projek membabitkan nilai perolehan RM6.61 bilion secara rundingan terus sepanjang 22 bulan PH mentadbir negara.

Ketika mencelah, Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa keseluruhan projek terbabit tidak pernah dibentangkan ke Kabinet sebelum ini.

Mengulas mengenainya, Guan Eng berkata, bekas Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu sudah lupa daratan dan pakar kelentong. – myMetro Online

Tags: kementerian kewanganLim Guan Engpakatan harapanrundingan terus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Maszlee Malik menafikan beliau merupakan calon Menteri Besar Johor...

PH Saran Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya Johor

PH Saran Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya Johor

13/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor membantah penambahan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan, sebaliknya mencadangkan Suruhanjaya Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd