• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penghadang Lut Sinar Kurangkan Risiko Jangkitan COVID-19

oleh
03/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dalam usaha mewujudkan jarak pemisah dan mengurangkan risiko jangkitan COVID-19, penghadang lut sinar dipasang di antara tempat duduk ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pemasangan penghadang itu juga membolehkan sebahagian ahli Parlimen yang sebelum ini duduk di tempat pegawai di sebelah kiri dewan, dapat duduk semula di blok utama Dewan Rakyat.

“Bagaimanapun masih terdapat sebahagian ahli Yang Berhormat yang perlu duduk di tempat duduk pegawai di sebelah kiri dan kanan, dan kerana hanya sebahagian penghadang lut sinar yang dapat dipasang dalam tempoh terdekat ini.

“Oleh demikian saya memohon kesabaran ahli Yang Berhormat sehingga perkara ini dapat diselesaikan,” katanya sambil menjelaskan semua ahli Parlimen dijangka dapat duduk di blok utama Dewan Rakyat pada minggu depan selepas kesemua penghadang lut sinar itu siap dipasang.

Azalina berkata pemasangan penghadang lut sinar itu diharapkan dapat memberi keselesaan dan kemudahan seperti yang dinikmati ahli Parlimen sebelum ini.

Ketika berucap sebelum sesi pertanyaan bagi jawab lisan itu, Azalina turut mengingatkan kewajipan ahli Parlimen untuk memakai pelitup muka pada setiap masa di Dewan Rakyat dan hanya dibenarkan membuka alat pelindung diri tersebut ketika hendak berucap. 

“Ahli Yang Berhormat hendaklah menarik (keluar) penghadang (lut sinar) semasa duduk di dalam dewan untuk memastikan jarak pemisah antara ahli Yang Berhormat dan tiada kontak rapat antara ahli Yang Berhormat,” katanya.

Azalina turut mengingatkan ahli Parlimen agar berhati-hati ketika menarik atau menolak penghadang tersebut memandangkan pemasangan alat itu hanya untuk sementara waktu. – BERNAMA

Tags: Ahli ParlimenCovid-19Dewan Rakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Rakyat Kecoh Perang Mulut Shahidan-Rayer

Dewan Rakyat Kecoh Perang Mulut Shahidan-Rayer

05/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Kenyataan seorang Ahli Parlimen pembangkang yang mempertikaikan standard Parlimen dan mengaitkan dasar apartheid dalam pengagihan peruntukan menjadikan sesi...

“Wakil Rakyat Apa Macam Ini? Malukan Orang. Anda Semua Sangat Memalukan” – Johari Abdul

“Wakil Rakyat Apa Macam Ini? Malukan Orang. Anda Semua Sangat Memalukan” – Johari Abdul

13/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat kecoh gara-gara Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang) berpantun menyindir Kuala Lumpur bermasalah kerana berada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd