• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penembak Bunuh 51 Umat Islam Tak Tunjuk Sebarang Emosi

oleh
24/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHRISTCHURCH – Lelaki kulit putih Australia, Brenton Tarrant yang membunuh 51 umat Islam tahun lalu di dua buah masjid di New Zealand tidak menunjukkan sebarang emosi dalam perbicaraan bagi menentukan hukuman ke atasnya di sebuah mahkamah semalam.

Perbicaraan selama empat hari itu dijangka berakhir Khamis ini apabila Hakim Cameron Mander akan menjatuhkan hukuman tersebut pada hari berkenaan.

Tertuduh yang berusia 29 tahun turut mengaku salah terhadap dakwaan 40 percubaan membunuh dan satu perbuatan keganasan pada Mac tahun lalu.

Beberapa peguam menjangkakan Tarrant menjadi individu pertama dipenjarakan seumur hidup tanpa dikenakan parol di New Zealand.

Dia ditangkap ketika sedang memandu untuk menyerang masjid ketiga di Ashburton kira-kira sejam perjalanan ke selatan Christchurch.

Dalam kejadian itu, Tarrant ‘perlu menembak lebih ramai orang daripada apa yang dia telah lakukan’, mahkamah diberitahu pada permulaan perbicaraan itu yang dikawal ketat dan di hadapan kaum keluarga dan mangsa yang pernah mengalami kecederaan akibat perbuatannya.

Mahkamah diberitahu bagaimana dia melepaskan tembakan ke arah lelaki, wanita dan kanak-kanak semasa kejadian tersebut disiarkan secara langsung menerusi laman sosial tidak menghiraukan rayuan mangsa yang meminta pertolongan dan melanggar seorang lelaki ketika memandu untuk ke sebuah masjid lain.

Pihak pendakwa raya, Barnaby Hawes memberitahu mahkamah Tarrant turut menembak seorang budak lelaki yang sedang berpaut pada kaki bapanya.

Dalam perbicaraan itu, Tarrant tidak diwakili peguam. – Agensi

Tags: Brenton tarrantbunuh umat islammasjid new zealand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyerang Christchurch Dihukum Penjara Seumur Hidup

27/08/2020
0

CHRISTCHURCH - Pengganas yang melakukan serangan ke atas dua buah masjid di New Zealand, Brenton Tarrant dijatuhkan hukuman penjara seumur...

Pengganas Christchurch Mengaku Bersalah

26/03/2020
0

WELLINGTON - Lelaki warga Australia yang didakwa melakukan serangan tembakan di dua masjid New Zealand sehingga mengakibatkan 51 umat Islam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd