• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda UMNO Tetap Mahu Kerajaan PN Tubuh RCI TH

oleh
06/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMUDA UMNO bertegas mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat sebarang salah laku dan penyelewengan dalam urusniaga Tabung Haji.

Ketuanya Asyraf Wajdi Dusuki berkata, RCI perlu siasat kebenaran tuduhan yang dibuat kerajaan lepas sebelum ini bahawa berlaku penyelewengan dalam Tabung Haji.

Asyraf berkata, sehingga kini tidak ada satupun tuduhan penyelewengan itu di dakwa di mahkamah. RCI itu juga boleh menyiasat termasuk dakwaan berlakunya jualan lambak ke atas 76.2% ladang-ladang milik TH Plantations pada harga bawah nilai pasaran.

“Ini tidak termasuk aset-aset hartanah Tabung Haji bernilai RM10 bilion yang sudah terjual kepada syarikat milik Kementerian Kewangan, Urusharta Jemaah Sdn Bhd.

“Aset-aset ini termasuklah tanah TRX bernilai RM400 juta dan hotel-hotel Tabung Haji seluruh Malaysia yang selama ini banyak menyumbang kepada perolehan Tabung Haji,” kata Asyraf Wajdi dalam kenyataan hari ini.

Asyraf mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Dewan Rakyat semalam, yang menjelaskan penubuhan jawatankuasa petugas khas untuk mengkaji urus niaga Lembaga Tabung Haji akan ditimbangkan jika ada keperluan.

Asyraf berkata, sebelum PH memerintah, Tabung Haji tidak pernah gagal dalam merealisasikan matlamat penubuhan yang bukan sahaja menguruskan keperluan urusan dan hal ehwal kebajikan jemaah Haji, tetapi juga menjana ekonomi umat Islam.

Prestasi kewangan yang memberangsangkan setiap tahun membolehkan pendeposit berkongsi hibah dan bonus setiap tahun secara purata tidak kurang daripada 6.25% setelah ditolak zakat 2.5%.

“Sebab itulah, apabila pelbagai tuduhan penyelewengan, skandal, defisit yang melanda secara tiba-tiba sejurus selepas PH memerintah mencetuskan pelbagai tanda tanya dan polemik berterusan.

“Justeru, Pemuda UMNO menuntut agar kerajaan PN dapat menilai kembali keputusan untuk tidak menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja ini,” katanya.

Katanya, hanya RCI mampu menghentikan tuduh-menuduh.

“Ia sekaligus mengembalikan keyakinan 9.3 juta pendeposit dan pelabur institusi terulung umat Islam ini,” katanya. – FMT

Tags: Pemuda UMNORCI Tabung Haji
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Istana Negeri Sangkal Dakwaan Salah Guna Kuasa Juhar

Next Post

Pembaharuan Pentadbiran Awam Antara Fokus EAC

Related Posts

Pemuda UMNO Gesa Negara Islam Dunia Kutuk Serangan Israel

Pemuda UMNO Gesa Negara Islam Dunia Kutuk Serangan Israel

06/04/2023
0

JOHOR BAHRU: Pergerakan Pemuda UMNO menggesa negara gergasi dunia, khususnya negara Islam, yang kononnya menjuarai hak asasi manusia untuk bertindak...

Pemuda UMNO Muar Lapor Polis Didakwa Bikin Kecoh Di Ceramah PH

Pemuda UMNO Muar Lapor Polis Didakwa Bikin Kecoh Di Ceramah PH

17/10/2022
0

MUAR: Pemuda UMNO Bahagian Muar membuat laporan polis selain mahu mengambil tindakan saman terhadap dakwaan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia...

Next Post

Pembaharuan Pentadbiran Awam Antara Fokus EAC

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd