• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Cadang Adakan Semula Inkues Kes Adib

oleh
07/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan satu inkues diadakan semula berhubung kes kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata ia berikutan terdapat saksi baharu yang akan tampil memberi keterangan berhubung kematian anggota bomba itu. 

“Sehingga kini seramai 54 saksi baharu dirakamkan percakapan melibatkan saksi polis, saksi awam dan saksi pakar yang membawa kepada 115 orang telah dirakam percakapan sepanjang siasatan kes ini berlangsung.

“Saya mahu berlaku adil kerana tiada apa yang nak disembunyikan, apa pun siasatan penuh telah dibuat namun kami tidak temui bukti kukuh menyatakan bahawa ada seseorang yang nampak arwah ditangkap, dipukul dan sebagainya,” katanya kepada Bernama pada majlis serah terima tugas Pengarah JSJK yang baharu di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Abdul Hamid berkata berikutan dakwaan serta pandangan beberapa individu bahawa Muhammad Adib diperlakukan sedemikian (ditangkap, dipukul dan sebagainya) pihaknya sekali lagi mencadangkan supaya inkues berkenaan dilakukan.

“Saya mohon kononnya pihak yang dakwa dia (Adib) dipukul dan sebagainya untuk tampil ke depan. Jika betul ada bukti apa nak takut, inkues tidak akan membuatkan individu yang dirakam percakapan dimasukkan ke dalam penjara.

“Polis tahu bagaimana cara hendak mengambil keterangan namun apabila mereka ini diletakkan menjalani ujian siasatan mendapati terdapat unsur pembohongan jadi kami sarankan inkues dilakukan lagi secara menyeluruh,” katanya.

Beliau mengingatkan mana-mana individu supaya berhati-hati mengeluarkan tuduhan yang mendakwa polis tidak melakukan kerja sebaik mungkin dalam menyelesaikan kes ini.

Abdul Hamid dalam pada itu berkata PDRM masih menunggu arahan lanjut berhubung kes itu setelah menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara pada 23 Julai lalu.

Muhammad Adib, 24, yang bertugas sebagai anggota bantuan kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018 dan meninggal dunia di Institut Jantung Negara selepas 21 hari menerima rawatan.

Pada 27 September tahun lepas, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib, adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui. – BERNAMA

Tags: Inkues AdibPDRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isteri Guan Eng Ditahan SPRM

Next Post

Tommy Thomas Nafi Setuju Terima AS$1.75 Bilion

Related Posts

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

08/05/2025
0

BATU GAJAH – Tidak menerima gaji sehingga lima bulan merupakan antara nasib malang yang dialami oleh 55 pekerja warga asing...

Polis Sahkan Terima Laporan Barang Kemas Mangsa Dicuri, Suami Trauma, Pemandu XPander Sudah Beri Kenyataan

Polis Sahkan Terima Laporan Barang Kemas Mangsa Dicuri, Suami Trauma, Pemandu XPander Sudah Beri Kenyataan

06/04/2025
0

Ipoh, 5 April 2025 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengeluarkan kenyataan media berhubung perkembangan siasatan kes kemalangan maut...

Next Post

Tommy Thomas Nafi Setuju Terima AS$1.75 Bilion

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd