• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mukhriz Sahkan Anak, Menantu Ditahan Di Pub

oleh
28/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJUNG MALIM – Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, hari ini mengesahkan anak perempuannya serta menantu merupakan antara 29  pengunjung sebuah pub dekat ibu negara, yang ditahan polis pagi Ahad lepas.

Mukhriz berkata, anak perempuannya itu bersama suami ditahan, kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan telah pun dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang. 

“Benar, anak dan menantu saya, dibawa ke balai pada awal pagi bersama 27 yang lain, atas kesalahan langgar arahan PKPP,” katanya kepada pemberita selepas program Sepetang Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, di Felda Besout 3 dekat sini.

Semalam Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, dalam serbuan kira-kira 1.20 pagi pada Ahad, pihaknya menahan 29 individu termasuk anak perempuan seorang VIP di sebuah pub, kerana berada di premis tersebut melebihi had masa dibenarkan di bawah PKPP. 

Ahli Parlimen Jerlun itu memuji pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana menguatkuasakan undang-undang secara adil serta saksama, berikutan tiada sebarang pengurangan kompaun ditawarkan kepada anak dan menantunya.

“Memang patut kena kompaun. Ikut undang-undang kena bayar tak bagi diskaun dan PDRM kuat kuasakan undang-undang tanpa pilih kasih, itu paling penting,” katanya sambil mengakui kecewa kerana telah memberi nasihat kepada ahli keluarga agar mematuhi PKPP.

Ditanya jika kes tersebut memberi kesan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Mukhriz yang juga antara pengasas Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) berkata: “Tiada kesan, kerana kedua-dua perkara itu tiada kena mengena.”

PRK DUN Slim pada Sabtu ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional, Mohd Zaidi Aziz dan dua calon Bebas iaitu, bekas guru S. Santhasekaran dan peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi. – BERNAMA 

Tags: Langgar PKPPMukhriz Mahathirpub
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Sarawak Akan Putuskan SOP Untuk Pub, Kelab Malam

15/05/2022
0

KUCHING - Sarawak akan memutuskan tidak lama lagi sama ada prosedur operasi standard (SOP) untuk pub dan kelab malam yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd