• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohd Sharim Angkat Sumpah ADUN Chini

oleh
24/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini Mohd Sharim Md Zain mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini. 

Mohd Sharim, 41, yang merupakan generasi kedua Felda Chini, Pekan dekat sini, mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negeri Pahang Datuk Seri Ishak Muhammad. 

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada 4 Julai lalu, Mohd Sharim yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti 12,650 undi selepas memperoleh 13,872 undi menewaskan dua calon Bebas iaitu Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin yang memperoleh 1,222 undi manakala Mohd Shukri Mohd Ramli sekadar mendapat 137 undi. 

PRK itu diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Seri Abu Bakar Harun pada 6 Mei lepas di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung.  

Ishak seterusnya mengucapkan tahniah kepada Mohd Sharim atas kemenangannya pada PRK DUN Chini dan mengingatkan beliau untuk menggalas amanah serta kepercayan yang diberikan rakyat dengan baik. 

“Semoga Yang Berhormat (Mohd Sharim) dapat berkhidmat dengan jujur dan cemerlang demi kebaikan penduduk di Chini dan di Pahang secara amnya,” katanya. – BERNAMA 

Tags: ADUN ChiniMohd Sharim Md Zain
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mohd Sharim Janji Beri Khidmat Terbaik

06/07/2020
0

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Mohd Sharim Md Zin yang memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini...

Calon BN Gigih Berkempen, Tak Pandang Mudah Calon Bebas

24/06/2020
0

PEKAN - Meskipun hanya ditentang calon Bebas dan diramalkan mampu mendapat lebih 95 peratus undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd