• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Sedia Pertimbang Permintaan BPN 2.0

oleh
27/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERAJAAN bersedia mempertimbangkan permintaan untuk melaksanakan Bantuan Prihatin Nasional 2.0, bergantung kepada kedudukan kewangan. 

Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah berkata, kerajaan harus melihat keadaan kewangan semasa bagi tujuan itu.

“Jika kerajaan berpandangan ada keperluan untuk dilaksanakan pada masa depan, InsyaAllah kita akan laksanakan,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian).

Dalam soalan lain, Mohd Shahar berkata, masalah senarai nama Orang Kurang Upaya yang menerima bantuan Penjana akan selesai dengan insiatif pemetaan nama oleh agensi kerajaan.

Menurutnya, ketika ini Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengenal pasti mereka yang benar-benar layak mendapatkan bantuan berkenaan.

Katanya kerajaan memperuntukkan RM110 juta bantuan dan daripada jumlah itu RM55.71 juta bayaran sudah dibuat untuk OKU, RM2.88 juta kepada ibu tunggal dan RM540,000 kepada khidmat bantu di rumah.

Berhubung soalan asal Wong Shu Qi (PH-Kluang) berkaitan jumlah pemohon yang berjaya menebus e-Tunai sehingga Jun tahun ini beliau berkata, kerajaan berjaya mempromosi kepada 9.9 juta pengguna berbanding 7.41 juta ketika pemerintahan Pakatan Harapan.

“Kita tidak perlu risau mengenai privasi kerana semasa permohonan terma dan syarat tetap sama, cuma kali ini kita letakkan syarat tambahan iaitu mereka perlu menggunakan aplikasi My Sejahtera.

“Semua data peribadi tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA),” katanya. – myMetro Online

Tags: bantuan prihatin nasional
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penyerang Christchurch Dihukum Penjara Seumur Hidup

Next Post

Senarai Rundingan Terus Diumum Atas Dasar Telus – Tengku Zafrul

Related Posts

Najib Cadang Skim i-Survive RM5,000, i-Citra RM10,000

15/09/2021
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan dicadang memperkenalkan skim i-Survive membabitkan pemberian pinjaman automatik sehingga RM5,000 kepada orang ramai. Bekas Perdana Menteri,...

BPN Bantuan Tunai Terbesar Dalam Sejarah Negara

29/07/2021
0

KUALA LUMPUR - Bantuan Prihatin Nasional atau BPN berjumlah RM18 bilion yang memanfaatkan 11 juta penerima adalah bantuan tunai terbesar...

Next Post

Senarai Rundingan Terus Diumum Atas Dasar Telus - Tengku Zafrul

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd