• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indikator Ekonomi Negara Tunjuk Tanda Pulih

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertumbuhan ekonomi negara dijangka bertambah baik pada separuh kedua tahun ini dan kembali pulih pada tahun depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Menurutnya, walaupun secara umumnya penganalisis berpendapat prestasi ekonomi pada suku kedua akan mengalami penguncupan berikutan impak COVID-19, namun indikator ekonomi yang telah diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan secara berperingkat.

Malah, ini disokong dengan keadaan pasaran buruh pada Jun 2020 yang lebih baik dengan kadar pengangguran 4.9 peratus iaitu turun 0.4 mata peratus berbanding 5.3 peratus pada Mei 2020.

Memetik statistik jabatan itu, beliau berkata bilangan penggangur telah berkurangan daripada 826,000 pada Mei 2020 kepada 773,000 orang pada Jun 2020.

“Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia turut mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia mencatat kadar pertumbuhan masing-masing sebanyak 6.3 peratus dan 6.9 peratus bagi tahun 2021.

“Jangkaan pemulihan berbentuk V ini adalah berikutan langkah kerajaan yang telah membuka semula sektor ekonomi dan melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) serta Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan perbahasan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi jabatan berkenaan di Dewan Rakyat, hari ini.

Jelas Mustapa, dengan mengambil kira persekitaran ekonomi dunia yang begitu mencabar, pertumbuhan ekonomi negara akan lebih bertumpu kepada aktiviti ekonomi domestik.

Menurutnya, sumbangan penggunaan domestik kepada ekonomi pada suku pertama tahun 2020 ialah sebanyak 74 peratus.

“Indikator penggunaan domestik menunjukkan penggunaan isi rumah semakin pulih selaras dengan prestasi yang lebih baik bagi volum perdagangan runcit dan kenderaan bermotor,” katanya.

Mustapa berkata, bagi memastikan ekonomi kembali ke landasan dan mencatatkan pertumbuhan mampan dalam jangka masa panjang, kerajaan melalui Majlis Tindakan Ekonomi sedang merangka pelan pemulihan ekonomi jangka sederhana hingga jangka panjang pasca-COVID-19.

Menurutnya, pelan itu menekankan aspek transformasi bagi menyesuaikan Malaysia dengan landskap baharu di dalam dan luar negara.

“Antara elemen struktur yang dikenal pasti dalam pelan tersebut termasuklah pemerkasaan komuniti dan pertumbuhan saksama, seimbang dan mampan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dewan Rakyatekonomi negaraMustapa Mohamed
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

14/08/2026
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Parti Pribumi...

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman berkata insiden Ahli Parlimen bertindak meninggalkan Dewan Rakyat ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd