Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk menurunkan harga siling pelitup muka tiga lapis kepada RM1 seunit, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi. 

Beliau berkata KPDNHEP bersedia untuk menurunkan lagi harga siling pelitup muka dari semasa ke semasa bagi mengurangkan beban orang ramai susulan arahan kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam yang sesak mulai, 1 Ogos lalu.

“Saya ingin memaklumkan harga tiga lapis pelitup muka akan diturunkan lagi kepada RM1 seunit di peringkat runcit. Maknanya 95 sen di peringkat borong. Usaha ini diharapkan membantu mengurangkan beban orang ramai dan ibu bapa menyediakan pelitup muka buat anak. 

“Kementerian juga bersedia untuk menurunkan lagi harga siling ke paras yang lebih rendah dari semasa ke semasa. Langkah ini akan dilakukan secara berterusan. RM1 satu unit tidak akan berakhir di situ sahaja kerana kita akan tengok dan kaji lagi bersama pemegang taruh,” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. 

Nanta menjawab soalan Chong Chieng Jen (PH-Stampin) mengenai rasional kementerian meningkatkan harga maksimum topeng muka tiga lapis daripada 80 sen seunit ke RM1.50 seunit.

Jelasnya, susulan arahan mewajibkan pemakaian pelitup muka itu, permintaan terhadap pelitup muka di pasaran meningkat dan menyebabkan pengeluaran pelitup muka ditingkatkan sekali gus memberi kesan kepada penurunan harganya. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

RM350-RM3,000 Untuk Warga Emas Tiada Pasangan, Bujang, Ibu Atau Bapa Tunggal

KUALA LUMPUR: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diperuntukkan dalam Bajet 2023 akan memberi manfaat kepada...

RM6.6 Bilion Kepada MARA, UiTM Sedia Akses Pendidikan Golongan Susah

KUALA LUMPUR: Kerajaan terus memberi perhatian kepada kemudahan pendidikan bagi anak Bumiputera, khususnya daripada...

Jumlah Had Pegangan ASB Dan ASB2 Dinaikkan Kepada RM300,000 Berbanding RM200,000 Sebelum Ini

KUALA LUMPUR: Tawaran pinjaman 1.5 peratus membabitkan dana bernilai RM100 juta ditawarkan kepada golongan...

[BAJET 2023] RM55 Billion Untuk Tampung Subsidi, Bantuan Dan Insentif

PETALING JAYA : Bajet 2023 memperuntukkan RM55 billion untuk subsidi, bantuan dan insentif bagi...

Kerajaan Tanggung Kos Dapatkan Lesen Teksi, Bas Dan E-hailing B40

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing untuk...

Bajet 2023: RM500 Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia

PETALING JAYA – Sebanyak RM500 Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia: Bantuan tunai one-off disediakan...

Bantuan RM2,500 Isi Rumah Berpendapatan Kurang RM2,500, Anak 5 Atau Lebih

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM2,500 melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan diberikan kepada isi rumah...