• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Noor Hisham Terima Gelaran Tan Sri

oleh
17/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’ kepada Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Tan Sri Dr Arshad Ayub.

Dua tokoh itu mendahului senarai 31 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2020 bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong pada istiadat pengurniaan hari pertama yang berlangsung di Istana Melawati, di sini hari ini.

Tengku Maimun, 61, yang dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 2 Mei 2019, adalah wanita pertama di Malaysia memegang jawatan tertinggi badan kehakiman negara.

Sementara itu, Arshad, 91, yang dilantik sebagai Pro-Canselor UiTM sejak 2000 turut memegang jawatan sebagai Canselor Universiti Islam Malaysia (UIM) sejak 2019.

Beliau juga pernah menerima anugerah Tokoh Merdeka pada 2014 dan dinobatkan sebagai Tokoh Melayu Terbilang pada 2012.

Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Istiadat pengurniaan hari pertama itu juga menyaksikan empat individu dikurniakan Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) dan 12 individu menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM), masing-masing membawa gelaran Tan Sri.

Penerima Darjah PMN ialah Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali; Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun; Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Seramai 12 penerima Darjah PSM ialah Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Rohana Yusuf; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman; Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah; Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain dan Panglima Tentera Udara Jeneral, Datuk Seri Ackbal Abdul Samad.

Turut dianugerah PSM ialah bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor; Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria; Ketua Pegawai Eksekutif The Lotus Corporation Bhd, Datuk R Doraisingam; Pengerusi Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Datuk Ahmad Nizam Salleh; Presiden Kumpulan Sunway Group Berhad, Datuk Chew Chee Kin; Pengarah Urusan Platinum Victory Holdings Sdn Bhd, Datuk Seri Gan Yu Chai dan Pengasas dan Pengarah Urusan SENA Group of Companies yang juga Pengasas dan Pengarah Optimax Holding Berhad, Datuk Tan Boon Hock.

Yang di-Pertuan Agong turut mengurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran ‘Datuk’ kepada Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid; Hakim Mahkamah Rayuan P Ravinthran; Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong.

Turut dianugerahkan Darjah PJN ialah Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob; Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah Abdul Rahim; Ketua Pengarah Keselamatan Negara Mohd, Rabin Basir, Naib Pengerusi CRSC Holdings Berhad, Datuk Mohamed Salleh Bajuri dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Low Yat Group Low Gee Teong.

Pada istiadat pengurniaan hari ini, Al-Sultan Abdullah turut mengurniakan Darjah Panglima Setia Diraja (PSD) yang membawa gelaran ‘Datuk’ kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Jabatan Perdana Menteri Mohammad Ismail; Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri Roziah Abudin; Doktor Peribadi Yang di-Pertuan Agong, Dr Mahathar Abd Wahab dan Doktor Peribadi Raja Permaisuri Agong, Dr Zanariah Hussein. – BERNAMA

Tags: darjah kebesaranDr Noor Hisham
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak Perempuan Maut Tercampak

Tunku Mahkota Ismail Kurnia Darjah Kebesaran

23/03/2024
0

JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran dan Majlis Kurniaan Darjah Sempena...

Sultan Kelantan Tarik Balik Darjah Kebesaran Mohammad Agus

Sultan Kelantan Tarik Balik Darjah Kebesaran Mohammad Agus

18/01/2024
0

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V perkenan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) kepada bekas Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd