• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Inkues Semula Lengahkan Keadilan Buat Adib

oleh
05/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CADANGAN mengadakan semula inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, ternyata mengecewakan keluarga Allahyarham.

Ini kerana mereka sudah terlalu lama bersabar menunggu pembelaan terhadap arwah.

Bapa Allahyarham Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, berkata, cadangan itu hanya membuang masa selain tidak menghormati keputusan Mahkamah Koroner Shah Alam, Selangor pada 27 September 2019 yang memutuskan punca kematian Muhammad Adib disebabkan perbuatan jenayah membabitkan dua atau lebih individu tidak dikenali.

“Kalau nak siasat mereka sebagai merusuh itu pada saya tidak mengapa, cuma tangkap sekali individu yang menyebabkan anak saya terbunuh dalam kejadian rusuhan itu.

“Kita sudah buang banyak masa dan banyak tenaga membabitkan ramai orang, Mahkamah Koroner Shah Alam membuat keputusan berdasarkan siasatan dan saksi termasuk daripada ramai pakar yang dipanggil sebelum keputusan dibuat.

“Siasatan polis harus menjurus kepada keputusan Mahkamah Koroner dan perlu menghormati keputusan itu, kenapa mereka tak boleh terima keputusan itu,” katanya dihubungi di Aloe Setar, hari ini.

Semalam, kerajaan menjelaskan, kertas siasatan kes kematian Muhammad Adib dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara pada 23 Julai lalu, dengan disusuli beberapa cadangan.

Rujukan semula kes itu antara lain mencadangkan supaya 12 suspek yang sebelum ini disyaki terbabit dalam kematian Muhammad Adib pada 17 Disember 2018 dituduh mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin ketika memperincikan perkembangan kes itu berkata, cadangan lain turut dikemukakan ialah membuka semula inkues untuk siasatan jika mendapat persetujuan Peguam Negara.

Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN). – myMetro Online

Tags: Inkues AdibMuhammad Adib
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rakyat Malaysia Selamat Tragedi Letupan Di Lubnan

Next Post

Lebih 100 Orang Maut Letupan Di Lubnan

Related Posts

Pakar Patologi Kanan Bantu Siasatan Kes Kematian Adib

12/10/2021
0

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas yang menyiasat kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, akan melantik seorang pakar patologi...

Kabinet Setuju Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Kes Kematian Adib

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kabinet pada Jumaat memutuskan akan memfokuskan kepada siasatan tiga kes berkepentingan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

Next Post

Lebih 100 Orang Maut Letupan Di Lubnan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd