• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadang Buka Semula Inkues Kes Adib, Tuduh 12 Suspek

oleh
05/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan berhubung kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim telah dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara pada 23 Julai lepas, disusuli dengan beberapa cadangan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata rujukan semula kes berkenaan antara lain mencadangkan supaya 12 suspek yang sebelum ini disyaki terlibat dalam kematian Adib pada 17 Disember 2018 itu, dituduh mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Hamzah berkata antara cadangan yang dikemukakan ialah membuka semula inkues untuk siasatan sekiranya mendapat persetujuan Peguam Negara.

“Ia akan dibuat mengikut peruntukan Seksyen 339(2) Kanun Tatacara Jenayah dan tindakan ini susulan keputusan yang dicapai Mahkamah Koroner Shah Alam pada 27 September lepas.

“Mahkamah memutuskan punca kematian Adib bukan disebabkan kemalangan tetapi perbuatan jenayah oleh dua orang atau lebih suspek,” katanya ketika menggulung perbahasan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Hamzah berkata berdasarkan keputusan itu, Polis Diraja Malaysia menjalankan siasatan selari arahan Jabatan Peguam Negara dan mengumpul bukti yang ada untuk dikemukakan semula kepada pihak pendakwaan.

Muhammad Adib, 24, yang bertugas sebagai anggota bantuan kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018 dan meninggal dunia di Institut Jantung Negara selepas 21 hari menerima rawatan.

Pada 27 September tahun lepas, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib, adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui. – BERNAMA

Tags: Inkues AdibMuhammad Adib
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pejabat Al Jazeera Diserbu Polis

Next Post

73 Terkorban, 3,700 Cedera Dalam Letupan Di Beirut

Related Posts

Pakar Patologi Kanan Bantu Siasatan Kes Kematian Adib

12/10/2021
0

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas yang menyiasat kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, akan melantik seorang pakar patologi...

Kabinet Setuju Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Kes Kematian Adib

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kabinet pada Jumaat memutuskan akan memfokuskan kepada siasatan tiga kes berkepentingan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

Next Post

73 Terkorban, 3,700 Cedera Dalam Letupan Di Beirut

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd