• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Nasihat Salah Berhubung Pengampunan Penuh Anwar

oleh
14/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, diberitahu bahawa Lembaga Pengampunan memberikan nasihat salah kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam memberikan pengampunan penuh terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dipenjara atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz selaku plaintif berkata, komposisi Lembaga Pengampunan juga tidak teratur ketika itu, maka nasihat diberikan oleh Lembaga Pengampunan kepada YDPA adalah tidak sah.

“Dalam isu ini, yang salah adalah Lembaga Pengampunan dan bukannya YDPA. Pihak kami mencabar nasihat yang salah diberikan oleh Lembaga Pengampunan kepada YDPA di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika berhujah terhadap permohonan Anwar dan Lembaga Pengampunan bagi membatalkan saman dikemukakan Mohd Khairul Azam berhubung pengampunan penuh yang diberikan terhadap presiden PKR itu.

Menurut Mohamed Haniff, pengampunan hanya boleh diberi kepada pesalah bertujuan untuk menamatkan atau menggantung sesuatu hukuman dan bukannya membatalkan sabitan yang diputuskan oleh mahkamah.

“Jika sesuatu sabitan itu dibatalkan, ia bermaksud kita memainkan peranan mahkamah kerana hanya mahkamah yang boleh mendengar (keterangan dan bukti) dan mahkamah juga yang boleh membuat keputusan,” katanya.

Peguam J Leela yang mewakili Anwar pula berhujah bahawa pengampunan penuh yang diberikan oleh YDPA tidak boleh dicabar di mahkamah dan plaintif (Mohd Khairul Azam) juga tidak mempunyai locus standi atau kedudukan di sisi undang-undang untuk meneruskan tindakan saman berkenaan.

“Tuntutan saman plaintif adalah remeh, mengaibkan serta suatu penyalahgunaan proses mahkamah,” katanya yang turut memaklumkan menurut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, YDPA boleh membatalkan sabitan yang diputuskan oleh mahkamah.

Peguam Kanan Persekutuan, Natra Idris berkata, pihaknya juga bersetuju dengan peguam Leela bahawa Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan membolehkan YDPA mengeluarkan perintah pengampunan untuk sabitan.

Hakim Datuk Akhtar Tahir kemudiannya menetapkan 21 September untuk keputusan permohonan itu dan mengarahkan kesemua pihak terbabit memfailkan hujahan lanjut, sekiranya ada sebelum atau pada 21 Ogos.

Pada 26 Februari lalu, Mohd Khairul Azam selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Raja Riza & Associates dengan menamakan Lembaga Pengampunan dan Anwar selaku defendan pertama dan kedua.

Mengikut penyataan tuntutan, Mohd Khairul Azam berkata, pada 10 Februari 2015, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan terhadap Ahli Parlimen Port Dickson itu atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Bagaimanapun, peguam itu mendakwa pada 9 Mei 2018, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 dan kerajaan baharu dibentuk, beberapa tindakan salah dan tidak berperlembagaan dilaksanakan bagi memastikan Anwar mendapat pengampunan dan dibebaskan daripada hukuman penjara dijalaninya.

Dakwa plaintif, selepas dua hari kerajaan baharu dibentuk, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam sidang media pada 11 Mei 2018, mengumumkan bahawa YDPA bersetuju memberikan pengampunan penuh kepada Anwar.

Mohd Khairul Azam mendakwa pengampunan penuh yang diberikan kepada Anwar bercanggah dengan Perkara 42(4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan berikutan kuasa pengampunan oleh YDPA hendaklah dilaksanakan dengan nasihat oleh Lembaga Pengampunan.

Dakwanya, Lembaga Pengampunan belum dibentuk dengan sempurna selepas pembentukan kerajaan baharu dan adalah mustahil bagi Lembaga Pengampunan dapat bersidang memberikan nasihat kepada YDPA bagi memberikan pengampunan kepada Anwar.

Oleh itu, plaintif antara lain memohon pengisytiharan bahawa Lembaga Pengampunan telah ditubuhkan secara tidak sah di sisi Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan bersidang dan seterusnya menasihati YDPA berkenaan rayuan pengampunan Anwar, mengakibatkan nasihat yang diberikan kepada YDPA adalah tidak sah dan terbatal. – BERNAMA

Tags: Anwar Ibrahimlembaga pengampunanMohamed Haniff Khatri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Meskipun Malaysia negara pengeluar minyak, tetapi Malaysia sebenarnya mengimport lebih banyak minyak berbanding yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd