• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Titah Rakyat Malaysia Di Beirut Kekal Waspada

oleh
05/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah rakyat Malaysia di Beirut, Lubnan perlu kekal waspada dan menghubungi Kedutaan Malaysia untuk sebarang bantuan, pertanyaan dan maklumat terkini, selain mematuhi perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan Lubnan demi keselamatan diri.

Al-Sultan Abdullah selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia turut menasihati anggota tentera Pasukan Pengaman Batalion Malaysia 850-7 (MALBATT 850-7) yang ditempatkan di Lubnan supaya sentiasa waspada terhadap keselamatan diri ketika menjalan tugas dan operasi di negara itu.

“Seri Paduka Baginda menyarankan anggota MALBATT 850-7 supaya berada dalam keadaan siapsiaga untuk memberikan bantuan bencana dan kemanusiaan serta menghadapi sebarang kemungkinan,” menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini.

Kesemua 850 anggota tentera Pasukan MALBATT 850-7 berada di Lubnan sejak Oktober lepas bagi menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) selama setahun.

Tambahnya, Seri Paduka Baginda amat prihatin terhadap keselamatan rakyat Malaysia di negara Asia Barat berkenaan dan susulan daripada laporan terkini Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa syukur kerana tiada rakyat Malaysia terjejas dan mengalami sebarang kecederaan berikutan letupan itu.

Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menasihati kakitangan Kedutaan dan pelajar-pelajar Malaysia, supaya sentiasa berwaspada, memantau perkembangan terkini dan berada di dalam rumah untuk mengelakkan sebarang risiko pada keselamatan diri sehingga situasi kembali normal.

“Seri Paduka Baginda mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia di Lubnan terus dilindungi daripada semua bentuk ancaman dan kesusahan serta dikurniakan rahmat dan keselamatan,” tambahnya.

Pada petang Selasa, satu letupan kuat berlaku di sebuah gudang di pelabuhan ibu kota Lubnan yang telah meragut lebih 70 nyawa dan mencederakan lebih 3,000 orang. – BERNAMA

Tags: BeirutletupanLubnanYang di-Pertuan Agong
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Anggota MALBATT Di Lubnan Selamat, Tahap Keselamatan Dipertingkat Susulan Serangan Mortar

Anggota MALBATT Di Lubnan Selamat, Tahap Keselamatan Dipertingkat Susulan Serangan Mortar

05/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan seluruh anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 yang sedang melaksanakan misi pengaman di...

Yang di-Pertuan Agong Zahir Pandangan Dan Nasihat Hala Tuju Pembangunan KL

Yang di-Pertuan Agong Zahir Pandangan Dan Nasihat Hala Tuju Pembangunan KL

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menzahirkan pandangan serta nasihat konstruktif berhubung hala tuju pembangunan Kuala Lumpur....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd