• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adakah Guan Eng Lebih ‘Special’ Berbanding Orang Lain?

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menegaskan bahawa proses undang-undang yang dilaksanakan di negara ini adalah sama rata ke atas semua pihak.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, DAP dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng juga tertakluk kepada proses berkenaan.

“DAP perlu adil. Adakah Guan Eng lebih ‘special’ (istimewa) berbanding orang lain? Selain suapan 10 peratus kepentingan projek terowong, Guan Eng juga didakwa menerima bayaran rasuah sebanyak RM3.3 juta daripada pemilik syarikat terowong.

“Namun Guan Eng kata caj ini tidak berasas dan bermotifkan politik,” katanya dalam catatan di Facebook beliau hari ini.

Najib mengulas kenyataan Guan Eng yang mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga kini gagal menunjukkan wang RM3.3 juta yang didakwa diterima beliau.

Malah, bekas Menteri Kewangan itu mempertikaikan dakwaan wujudnya unsur rasuah kerana sejumlah wang yang dikatakan diterima itu tidak ada di dalam akaun, mahupun di tangan beliau.

Sementara itu, Najib berkata, bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad juga didakwa di mahkamah oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dahulu kerana dituduh menerima bayaran tunai RM3.09 juta daripada penjual hotel melalui beberapa bayaran.

“SPRM juga tak tunjuk di mana duit didakwa terima. Tak ada RM3.09 juta dalam akaun Isa Samad. Dan SPRM tak tunjuk RM3.09 juta tunai dipegang Isa.

“Cuma sedang dibuktikan melalui penerangan saksi dan pemberi dalam mahkamah,” katanya.

Menurutnya, kes Mohd Isa lebih lemah berbanding Guan Eng kerana mahkamah diberitahu bahawa bekas Pengerusi Felda itu tidak pernah meminta atau bertemu dengan orang yang didakwa memberi wang tunai.

“Yang setiap kali berunding, meminta dan kononnya menerima wang untuk Isa daripada pemberi adalah orang tengah yang juga bekas setiausaha politik Tun (Dr) Mahathir (Mohamad).

“Tak sama seperti kes Guan Eng di mana dia rapat dan sering bertemu dengan orang yang didakwa membayar (iaitu pemilik syarikat terowong).

“Kenapa pula Isa Samad boleh didakwa dan dibicarakan untuk RM3.09 juta tunai diterima tetapi Guan Eng tak patut didakwa dan dibicarakan untuk RM3.3 juta tunai diterima,” soal Najib.

Sehubungan itu, beliau meminta pemimpin DAP itu bersikap adil dan menunggu perbicaraan mahkamah seperti orang lain.

“Perlulah adil dan tunggu perbicaraan mahkamah seperti kita semua,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Lim Guan EngNajib Tun Razakrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Fadzmel Fadzil membidas Lim Guan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd