• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Kes Baharu Covid-19, 6 Pulih Hari Ini

oleh
24/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak tujuh kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini membabitkan lima kes tempatan dan dua kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kesemua kes tempatan dilaporkan di Sarawak, sementara tiada kluster dan kes kematian baharu dilaporkan.

“Daripada lima kes penularan di dalam negara, dua kes adalah warganegara dan tiga kes bukan warganegara. Dua kes import membabitkan satu kes masing-masing dari Filipina dan Amerika Syarikat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, menerusi penambahan kes baru itu, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 9,274 kes, dengan jumlah kes aktif kebolehjangkitan COVID-19 adalah 184 kes.

“Mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya sambil menyatakan jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 125 kes atau 1.35 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat enam kes pulih COVID-19 hari ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes sudah pulih sepenuhnya adalah 8,965 kes atau 96.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau turut menjelaskan tiada kes baharu dilaporkan bagi Kluster Tawar hari ini namun saringan kontak rapat dan aktiviti di lapangan tetap diteruskan bagi memutuskan penularannya.

Beliau berkata, setakat tengah hari tadi, seramai 3,436 individu disaring dalam kluster ini, manakala 2,907 disaring di Kedah, Pulau Pinang (518 disaring) dan kekal 11 saringan di Perak.

“Di Kedah, 54 kes dikesan positif COVID-19, 2,393 individu negatif dan 460 individu masih menunggu keputusan. Di Pulau Pinang, 11 kes dikesan positif COVID-19, 506 individu negatif dan satu individu masih menunggu keputusan,” katanya.

Kluster Tawar yang kebanyakannya tertumpu di Mukim Tawar, Kedah, menjadi kluster terbesar ketika ini dengan kes pertama kluster adalah lelaki warga tempatan yang juga peniaga.

Lelaki itu dikatakan mempunyai sejarah menghadiri upacara keagamaan memperingati kematian ahli keluarga yang berlangsung dari 31 Julai hingga 1 Ogos lalu.

Rekod Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kementerian Kesihatan turut menunjukkan tiada kes baru COVID-19 direkodkan membabitkan kluster (Pesakit Dalam Siasatan) PUI Sivagangga hari ini. – BH Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di Klinik Kesihatan Setapak merupakan inisiatif sokongan komunikasi kepada...

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyemak dakwaan kad laporan kesihatan oleh sebuah klinik kesihatan kerajaan menggunakan bahasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd