• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Penguatkuasa MBSA Ditahan Terima Rasuah Ribuan Ringgit

oleh
11/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), kerana disyaki menerima rasuah sebanyak RM300 sehingga RM3,500 secara bulanan, bagi melindungi premis perniagaan yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen di sekitar daerah itu.

Tiga suspek berkenaan berusia antara 41 tahun hingga 49 tahun ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya, selepas mereka dipanggil untuk memberi keterangan pada 9 pagi tadi.

Sumber berkata mereka yang ditahan terdiri daripada dua pegawai penguatkuasa dari MBSA Cawangan Sungai Buloh dan seorang daripada MBSA Shah Alam.

“Selain itu, SPRM turut menahan peniaga rokok seludup berbangsa Aceh seperti yang diceritakan dalam video itu, kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan dan akan diserahkan kepada pihak Imigresen bagi tindakan lanjut.

“Peniaga berkenaan telah beroperasi sejak 2019 dan dia dikatakan membayar wang rasuah sebanyak RM300 sebulan kepada penguatkuasa, bagi mengelakkan sebarang tindakan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Pada Ahad, tular dua klip video yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook Hot Burger Malaysia serta dikongsi akaun Mohd Asri Hamid, 42, atau dikenali sebagai Asri Janggut, yang mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kes judi, serta mendedahkan lokasi perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh.

Susulan pendedahan itu, SPRM melakukan siasatan terhadap dakwaan berkenaan dan mendapat kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, bagi menyiasat dakwaan itu.

Sumber itu berkata, hasil siasatan awal SPRM mendapati penguatkuasa yang ditahan dipercayai menerima rasuah antara ratusan hingga ribuan ringgit sebulan, bagi sebuah premis perniagaan. 

“Ini termasuklah premis-premis yang menjalankan perniagaan kedai makan tanpa lesen, penjualan rokok, gerai-gerai yang menjalankan perniagaan di tempat yang tidak dibenarkan dan premis perjudian,” katanya.

Sumber juga mendedahkan, terdapat pihak berkuasa berperanan sebagai pengkhianat dengan membocorkan maklumat berhubung operasi-operasi, yang akan dilaksanakan. 

“Ini menyebabkan setiap operasi yang dijalankan gagal dan telah diketahui awal oleh peniaga-peniaga haram ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi Bernama, mengesahkan kesemua tangkapan berkenaan.

“SPRM percaya kutipan rasuah ini dibuat secara berperingkat dalam kalangan anggota penguatkuasa.

“Saya menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut berhubung aktiviti rasuah dalam kalangan penguatkuasa, tampil memberikan kerjasama,” katanya.

Ahmad Khusairi berkata identiti dan maklumat pemberi maklumat akan dilindungi sepenuhnya.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009, manakala kesemua suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi esok, bagi permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah,” katanya. – BERNAMA

Tags: MBSArasuahSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd