• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Kanak-Kanak Antara Dikesan Positif Covid-19

oleh
18/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Dua kanak-kanak berusia tiga dan dua tahun dikesan positif Covid-19 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, menerusi data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kedua-dua kanak-kanak tersebut merupakan generasi kedua Kluster Sala.

“Ia melibatkan seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang merupakan cucu kepada pesakit Covid-19 ke-9208,” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata, satu kes positif Covid-19 dikesan dari Kluster Tawar.

“Ketiga-tiga kes telah diasingkan untuk dirawat,” katanya.

Menurutnya, KKM turut mengesan empat kes import iaitu tiga kes yang mendapat jangkitan di Bangladesh dan satu kes di United Kingdom.

“Pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 adalah 9,219 kes,” katanya.

Katanya, jumlah kes aktif Covid-19 adalah 192 kes.

“Sehingga kini, terdapat lapan kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), termasuk dua memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal 125 kes,” katanya.

Menurutnya, terdapat 26 kes yang telah pulih dan dibenar discaj hari ini.

“Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 8,902 kes bersamaan 96.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Covid-19kanak-kanak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd