• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15 Kes Baharu COVID-19 Dengan 11 Jangkitan Tempatan

oleh
13/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak 15 kes baharu COVID-19 yang melibatkan 11 kes penularan dalam negara dan empat kes import dilaporkan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif wabak berkenaan sebanyak 9,129 kes setakat ini dengan kes aktif kebolehjangkitan COVID-19 berjumlah 183 kes.

Katanya kes penularan dalam negara itu membabitkan 10 rakyat Malaysia merangkumi satu kes saringan prapembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur dan sembilan kes daripada kluster baharu Tawar di Kedah.

Satu kes lagi melibatkan bukan warganegara yang dikesan melalui saringan sebelum bertolak ke luar negara, katanya.

“Empat kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan semua rakyat  Malaysia yang pulang dari Indonesia dan Yaman,” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini.

Menurutnya empat kes import terbabit melibatkan tiga di Selangor dan satu di Kuala Lumpur.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak empat kes pulih daripada COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif pesakit yang sembuh sebanyak 8,821 kes iaitu 96.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Dr Noor Hisham turut berkata tiada kes kematian berkaitan virus itu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes maut kekal 125 kes.

“Sehingga kini, dua kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi dan tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Covid-19KKM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Liga-M Diteruskan Tanpa Penonton Bermula 26 Ogos

Next Post

“Saya Tidak Letak Jawatan” – Mahathir

Related Posts

Pelaksanaan Inisiatif Pemaparan Harga Ubat Diteruskan Mulai 1 Ogos

Pelaksanaan Inisiatif Pemaparan Harga Ubat Diteruskan Mulai 1 Ogos

03/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meneruskan pelaksanaan inisiatif pemaparan...

‘Bukan KKM Yang Cadangkan Penubuhan Majlis Pemantauan Vape Malaysia’ – Menteri Kesihatan

‘Bukan KKM Yang Cadangkan Penubuhan Majlis Pemantauan Vape Malaysia’ – Menteri Kesihatan

01/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menjelaskan pihaknya tidak berhasrat menubuhkan Majlis Pemantauan Vape Malaysia, sebaliknya cadangan itu dikemukakan pemain industri...

Next Post

"Saya Tidak Letak Jawatan" - Mahathir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd