• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11 Kes Positif COVID-19 Termasuk 3 Jangkitan Tempatan

oleh
12/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 11 kes positif baharu COVID-19 yang merangkumi tiga kes penularan dalam negara dan lapan kes import dilaporkan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif wabak berkenaan setakat ini sebanyak 9,114 kes manakala kes aktif kebolehjangkitan COVID-19 berjumlah 172 kes.

Katanya kes penularan dalam negara itu membabitkan dua rakyat Malaysia yang dikesan positif melalui kes saringan bergejala di sebuah pusat perubatan di Kedah manakala satu kes lagi melibatkan warga asing yang dikesan melalui saringan tahanan baharu di lokap Balai Polis Tawau, Sabah.

“Dua kes penularan dalam negara melibatkan rakyat tempatan itu telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Kedua-dua kes ini tidak berkait antara satu sama lain,” katanya dalam kenyataan.

Mengenai lapan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, Dr Noor Hisham berkata tujuh merupakan rakyat tempatan dan seorang bukan warganegara.

Katanya kes-kes tersebut merangkumi tiga kes masing-masing dari Singapura dan Filipina manakala masing-masing satu kes dari Australia dan Jepun.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak lapan kes pulih daripada COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang sembuh sebanyak 8,817 kes iaitu 96.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Dr Noor Hisham turut berkata tiada kes kematian berkaitan virus itu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes maut kekal 125 kes.

“Sehingga kini, satu kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi dan tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Covid-19KKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd