• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Lagi Kuarantin Rumah Tetapi Di Pusat Kuarantin

oleh
21/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMUA rakyat Malaysia termasuk warga asing yang dibenarkan masuk ke negara ini akan dikenakan kuarantin wajib di pusat kuarantin, bermula Jumaat ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan terdapat segelintir individu yang pulang dari luar negara didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) kuarantin di rumah ditetapkan kerajaan.

Menurutnya, kerajaan memandang serius insiden ketidakpatuhan itu dan tindakan mereka amat tidak bertanggungjawab.

“Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuat keputusan bermula Jumaat ini untuk mewajibkan prosedur kuarantin 14 hari kepada rakyat Malaysia atau warga asing yang pulang dari luar negara di pusat kuarantin ditetapkan kerajaan.

“Mereka yang terbabit perlu menanggung sepenuhnya kos kuarantin di pusat kuarantin sama ada di Institut Latihan Awam (ILA) atau hotel berdasarkan kos yang dipersetujui sebelum ini.

“Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengenal pasti dan mewartakan ILA atau hotel yang bersesuaian sebagai pusat kuarantin,” katanya dalam sidang media harian hari ini.

Susulan keputusan itu, Ismail Sabri berkata, rakyat Malaysia yang ingin pulang ke Malaysia tidak lagi diwajibkan menjalani ujian swab Covid-19 di negara asal dalam tempoh tiga hari sebelum tarikh penerbangan.

Bagaimanapun katanya, warga asing yang dibenarkan masuk ke negara ini masih perlu menjalani ujian berkenaan. – myMetro Online

Tags: Covid-19kuarantin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Projek RTS Mula Januari 2021, Operasi Akhir 2026

Next Post

“Ramai Salahkan Saya” – Mahathir

Related Posts

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

08/01/2025
0

PASIR MAS: Hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19, selain...

Next Post

"Ramai Salahkan Saya" - Mahathir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd