• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Perlu Lesen, Teruskan Dengan YouTube, TikTok

oleh
24/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengguna media sosial bebas menggunakan platform sedia ada seperti TikTok dan YouTube termasuk menghasilkan dan memuat naik video seperti biasa tanpa perlu memohon lesen atau bimbang didakwa oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata kerajaan bertegas dengan pendirian untuk mendokong prinsip kebebasan media dan hak kebebasan individu di laman media sosial.

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak pernah dan tidak berniat menggunakan Akta FINAS untuk menyekat kebebasan peribadi individu dalam media sosial,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, Saifuddin berkata kerajaan akan meminda Akta FINAS 1981 (Akta 244) dengan mengambil kira situasi semasa.

Beliau berkata pihaknya telah memulakan usaha untuk meminda akta-akta di bawah pengawasan kementerian itu agar bersesuaian dengan situasi semasa seperti yang diumumkan pada 20 Jun lepas.

“Kami akan memulakan proses meminda akta-akta tersebut dalam masa terdekat,” katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Indera Mahkota itu di Persidangan Dewan Rakyat dilaporkan berkata semua penerbit filem termasuk agensi media arus perdana dan media persendirian diwajibkan memohon Lesen Pengeluaran Filem serta Surat Perakuan Penggambaran (SPP) sebelum menerbitkan filem mereka di platform media sosial ataupun saluran tradisi.

Menurutnya, pemegang lesen perlu memaklumkan kepada FINAS sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum penggambaran sesuatu filem dimulakan.

Bagaimanapun, dalam kenyataan media, Saifuddin menjelaskan sebahagian daripada laporan mengenai jawapannya di Dewan Rakyat semalam berkaitan keperluan lesen FINAS untuk perfileman memberi gambaran yang tidak tepat sehingga membawa kepada makna yang berbeza daripada maksud jawapan beliau.

Katanya, ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi, beliau hanya menerangkan tentang undang-undang sedia ada, iaitu Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 [Akta 244] yang diluluskan Parlimen pada 1981, dan akta tersebut telah digunakan selama ini termasuk kerajaan-kerajaan terdahulu. – BERNAMA

Tags: FinasLesenmedia sosialTikTokYouTube
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - “Cukuplah!” Itu luahan tegas Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berhubung kemalangan maut membabitkan pemandu...

“Jual Jam, Porsche, Rumah…” Zamsaham Akui Jatuh Dalam Dunia Perniagaan

“Jual Jam, Porsche, Rumah…” Zamsaham Akui Jatuh Dalam Dunia Perniagaan

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham meluahkan perasaan mengenai kejatuhan perniagaannya yang turut memberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd