• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sugu Pavithra Buat Kemunculan Semula Petang Ini

oleh
27/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Peminat YouTuber sensasi ‘Sugu Pavithra’ boleh melihat semula kemunculan pasangan itu menerusi saluran mereka, selewat-lewatnya pada petang ini.

M Sugu, 29, berkata beliau menjangkakan video baharu akan dimuat naik di YouTube ‘Sugu Pavithra’ pada petang ini jika segala perbincangan dengan beberapa pihak selesai.

Sugu, suami kepada S. Pavithra, 28, yang juga YouTuber masakan, mengakui memadam 98 video di saluran berkenaan yang dimuat naik sejak Januari lalu atas beberapa faktor peribadi.

“Saya sendiri yang padam semua video itu selepas apa yang terjadi (didakwa di mahkamah),” katanya ketika dihubungi di Bernama di sini, hari ini.

Pada 24 Julai, Sugu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan memiliki senjata berbahaya dan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya menggunakan telefon bimbit serta hulu sabit pada Selasa lalu.

Namun Pavithra mengakui sudah memaafkan perbuatan suaminya itu.

Selain itu, Pavithra ketika ditemui di mahkamah juga, berkata mereka enggan menerima sebarang pengiktirafan atau penganugerahan ikon, sebaliknya mahu menumpu kepada penghasilan video masakan menerusi saluran YouTube seperti biasa.

Bercerita lanjut, Sugu yang juga bekas pekerja sebuah syarikat perladangan swasta di Sungai Siput, turut mengakui hilang pendapatan daripada YouTube yang dianggap lumayan, susulan tindakan memadam semua video.

“Tapi tidak mengapa, kerana saya ada tangan, kaki cukup boleh cari kerja. Sebelum (menjadi YouTuber) ini pun punca pendapatan dengan bekerja,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada pengikut setia saluran itu yang kini berjumlah 787,000 orang.

Sebelum ini, media melaporkan polis menahan Sugu yang dalam keadaan mabuk membawa sabit mencari adik iparnya kerana masalah keluarga di luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, pada Selasa petang.

Kejadian itu berpunca akibat salah faham antara suspek dengan isterinya berkaitan satu majlis yang berlangsung sehari sebelum itu.

Bernama adalah media pertama melaporkan kisah pasangan tersebut pada 8 Mei lepas, yang ketika itu mempunyai sejumlah 420,000 pelanggan.

Empat hari selepas itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menghadiahkan pasangan suami isteri berkenaan satu unit tripod dan beberapa barangan lain. – BERNAMA

Tags: m sugumasakans pavithrayoutuber
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rakyat Malaysia, Lupakah Kita Derita Semasa PKP?

Next Post

Hanya Malaysia Laksana Moratorium Automatik 6 Bulan

Related Posts

YouTuber Didenda RM2,500 Kerana Miliki Dadah

YouTuber Didenda RM2,500 Kerana Miliki Dadah

22/06/2023
0

PETALING JAYA : Seorang YouTuber didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret hari ini, atas kesalahan memiliki dadah di kawasan parkir sebuah...

Rakan Youtuber Terkenal Didakwa Bunuh Teman Wanita

15/04/2022
0

Seorang lelaki yang merupakan rakan seorang Youtuber terkenal dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Balik Pulau hari ini atas pertuduhan membunuh...

Next Post

Hanya Malaysia Laksana Moratorium Automatik 6 Bulan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd