• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Tak Buka Kes Lama, Kecuali Ada Bukti Baharu

oleh
15/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan membuka siasatan kes-kes lama yang melibatkan pemerintahan kerajaan terdahulu, kecuali jika ada bukti baharu ditemui untuk meneruskan siasatan. 

Pengarah Siasatannya, Datuk Norazlan Mohd Razali berkata sekiranya terdapat kes lama yang dibuka semula, ia mestilah berdasarkan maklumat baharu kes kepada SPRM.

“Maka tidak timbul isu dalam hal ini, kami akan membuat siasatan kes tidak kira sama ada kerajaan terdahulu atau kerajaan baharu,” katanya kepada Bernama di Ibu Pejabat SPRM, di sini.

Semasa mengulas sama ada SPRM akan membuka siasatan kes melibatkan kerajaan terdahulu, Norazlan berkata pihaknya menjalankan siasatan kes mengikut polisi dan mengikut lunas undang-undang.

Sementara itu semasa diminta mengulas mengenai perbandingan kes rasuah antara sektor awam dan sektor swasta, Norazlan berkata berdasarkan statistik tangkapan, sektor awam mencatatkan kes rasuah lebih tinggi khususnya melibatkan bahagian penguatkuasaan dan perolehan.

“Seramai 702 penjawat awam ditahan atas pelbagai kesalahan rasuah bagi tempoh tahun 2019 sehingga 30 Jun tahun ini.

“Jumlah berkenaan bersamaan dengan 46.9 peratus daripada keseluruhan tangkapan berjumlah 1,496 manakala tangkapan yang melibatkan kategori lain-lain termasuk sektor swasta adalah berjumlah 390 bersamaan 26.1 peratus,” katanya.

Norazlan berkata walaupun peratusan tangkapan melibatkan sektor swasta lebih rendah berbanding peratusan tangkapan sektor awam, namun jumlahnya masih dianggap tinggi. – BERNAMA

Tags: rasuahSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd