• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Sahkan Azhar Harun Letak Jawatan

oleh
09/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengesahkan bahawa Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun meletak jawatan berkuat kuasa pada 29 Jun lalu.

Menurut SPR, peletakan jawatan itu telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melalui surat Istana Negara bertarikh 30 Jun lalu.

“Selaras dengan Perkara 11 (7) Perlembagaan Persekutuan, Profesor Madya Dr Azmi Sharom, selaku Timbalan Pengerusi SPR akan menjalankan tugas-tugas Pengerusi sehingga pelantikan pengerusi SPR yang baharu,” kata kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, SPR menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Azhar di atas sumbangan dan khidmat bakti beliau sepanjang memegang jawatan tersebut.

Azhar dilantik sebagai Pengerusi SPR bagi menggantikan Tan Sri Mohd Hashim Abdullah yang tamat tempoh perkhidmatan pada 1 Julai 2018.

Berhubung spekulasi peletakan jawatan di SPR itu, beberapa media sebelum ini melaporkan bahawa Azhar ditawarkan untuk memegang jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat. – Sinar Harian

Tags: Azhar Azizan HarunSuruhanjaya Pilihan Raya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada etika berpakaian ditetapkan bagi...

SPR Buat Penafian, Tapi Mengapa Tiada Tindakan? – Fadhli Shaari

SPR Buat Penafian, Tapi Mengapa Tiada Tindakan? – Fadhli Shaari

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan mengapa tiada tindakan dikenakan terhadap Naib Pengerusi DAP Johor,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd