• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sudah Tahu Siapa Conteng Mural Pemimpin Negara

oleh
29/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIASATAN terhadap kes menconteng perkataan kurang menyenangkan pada mural gergasi potret beberapa pemimpin negara akan diselesaikan dalam masa terdekat, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor.

Beliau berkata, pihaknya mendapat beberapa petunjuk baharu dalam siasatan kes berkenaan.

“Saya tidak akan mendedahkan petunjuk baharu kerana masih dalam siasatan. Oleh itu, saya mohon berikan kami sedikit masa untuk menyelesaikan siasatan kes ini.

“Selain itu, suspek juga sudah dikenal pasti berdasarkan risikan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul yang baharu, hari ini.

Mazlan berkata, setakat ini hanya satu saja kertas siasatan dibuka berhubung kes terbabit dan beberapa laporan polis telah dilakukan. 

Baru-baru ini, mural memaparkan potret antaranya Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah diconteng dengan perkataan kurang menyenangkan menggunakan cat merah di Taman Cahaya Alam Seksyen U12 Shah Alam, Selangor.

Kejadian vandalisme itu disedari seorang pekerja restoran yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan.

Mural itu adalah hasil karya tiga anak muda iaitu Muhammad Suhaimi Ali, 27, Muhamad Firdaus Nordin, 26, dan Abdul Hadi Ramli, 27 tahun. – BERNAMA

Tags: conteng muralpemimpin negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Wanita Dirakam CCTV Conteng Mural Pemimpin

21/07/2020
0

SHAH ALAM - Dua wanita dipercayai menjadi dalang yang merosakkan mural barisan pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12...

Sultan Selangor Murka Perbuatan Conteng Mural Pemimpin

20/07/2020
0

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan sangat dukacita dengan perbuatan vandalisme terhadap mural pemimpin negara yang berlaku di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd