• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perubahan Tempat Duduk Ahli Parlimen

oleh
13/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 yang bermula hari ini menyaksikan perubahan tempat duduk ahli-ahli Parlimen termasuk bekas perdana menteri yang juga Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Turut menyaksikan perubahan kedudukan ialah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik; Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; dan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah.  

Berdasarkan kedudukan di Dewan Rakyat hari ini, kelima-lima Ahli Parlimen itu berada di blok Bebas iaitu di kedudukan hadapan, di bahagian sebelah kiri Yang Dipertua Dewan Rakyat dan bersebelahan penyokong kerajaan. 

Bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP), susunan tempat duduk hari ini juga dilakukan dengan mengambil kira penjarakan sosial.

Pada 29 Mei lepas, Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata Dr Mahathir yang ketika itu pengerusi Bersatu dan empat lagi Ahli Parlimen Bersatu  terhenti keahlian mereka kerana melanggar perlembagaan parti.

Hamzah berkata keahlian Dr Mahathir dan empat lagi ahli terhenti serta merta selepas mereka bertindak duduk di blok pembangkang pada sidang Parlimen pada 18 Mei lepas.

Menurut kenyataan bersama dengan lima Ahli Parlimen iaitu Mukhriz, Syed Saddiq, Dr Maszlee, Amiruddin dan Datuk Shahruddin Md Salleh (Sri Gading), Dr Mahathir pada 10 Julai menegaskan mereka tidak bergabung dengan mana-mana gabungan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof pada permulaan persidangan memaklumkan bahawa hanya 174 Ahli Parlimen ditempatkan di dalam dewan setelah mengambil kira penjarakan tempat duduk sejauh satu meter dari bahu ke bahu dengan sebahagian penyokong kerajaan dan ahli Bebas ditempatkan di Galeri Awam.

Sebahagian ahli Parlimen pembangkang pula ditempatkan di tempat duduk pegawai di sebelah kiri Yang Dipertua dewan. – BERNAMA

Tags: Ahli ParlimenDewan Rakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

15/04/2026
0

KUANTAN - Penduduk Paya Besar menggesa pihak berwajib menangani isu kemalangan yang kerap berlaku di laluan susur keluar Jalan Kg...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd