• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perjumpaan Pertama Muhyiddin, Warga JPM Selepas PKP

oleh
06/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan perjumpaan pertama dengan warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) setelah menerajui pentadbiran kerajaan sejak 1 Mac lepas.

Perjumpaan bersama warga JPM yang lazimnya diadakan di Dataran Perdana, Perdana Putra pada setiap bulan itu merupakan yang pertama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac lepas bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Muhyiddin yang mengenakan sut berwarna hitam tiba pada kira-kira 8.26 pagi menyanyikan lagu Negaraku dan Jalur Gemilang serta mengaminkan doa bersama warga JPM sebelum menyampaikan ucapan.

“Saya panjatkan syukur kerana buat pertama kalinya kita dapat mengadakan perhimpunan bulanan JPM yang sewajarnya kita adakan beberapa bulan lalu disebabkan oleh kerana kita melalui satu tempoh yang amat mencabar,” kata Muhyiddin memulakan ucapan serta bertanya khabar kepada penjawat awam.

Perjumpaan itu berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mencegah penularan COVID-19 dengan dihadiri tidak lebih 250 orang terdiri daripada tiga pengurusan kanan atau wakil daripada 56 agensi di bawah JPM.

Selain itu, setiap individu perlu melalui pemeriksaan suhu badan dan merekodkan kedatangan, memakai pelitup separuh muka dan mengamalkan penjarakan sosial.

Turut hadir ialah lima Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Mustapa Mohamed (Ekonomi), Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof (Tugas-tugas Khas), Datuk Takiyuddin Hassan (Parlimen dan Undang-undang) dan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Hal Ehwal Agama).

Hadir sama, timbalan-timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Eddin Syazlee Shith (Parlimen dan Undang-Undang), Datin Mastura Mohd Yazid (Tugas-Tugas Khas), Datuk Hanifah Hajar Taib (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Arthur Joseph Kurup (Ekonomi) dan Ahmad Marzuk Shaary (Hal Ehwal Agama) serta Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Muhyiddin, yang juga Ahli Parlimen Pagoh, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada 1 Mac. – BERNAMA

Tags: JPMMuhyiddin Yassinperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

53 Motosikal, 8 Kereta Hangus Di PPR Gombak Setia

Next Post

Teliti Semula Prosedur, Cara Kerja Pentadbiran Kerajaan

Related Posts

Sediakan Kertas Putih Industri Padi, Beras – Muhyiddin

Sediakan Kertas Putih Industri Padi, Beras – Muhyiddin

13/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menyediakan Kertas Putih industri padi dan beras negara bagi mengatasi pelbagai isu berkaitan harga serta...

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

08/11/2024
0

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi di...

Next Post

Teliti Semula Prosedur, Cara Kerja Pentadbiran Kerajaan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd