• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin UMNO Hadir Beri Sokongan Kepada Najib

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tiba di pekarangan Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini.

Ketiga-tiga pemimpin parti itu hadir untuk memberi sokongan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berhadapan dengan keputusan mahkamah sama ada Ahli Parlimen Pekan itu akan disabitkan atau dibebaskan daripada tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd hari ini.

Asyraf Wajdi dilihat tiba kira-kira jam 8.30 pagi disusuli Ahmad pada jam 8.45 pagi.

Kemudian kelibat Mohamad yang memakai baju kemeja berwarna putih pula dilihat tiba kira-kira jam 9.20 pagi.

Ketibaan mereka disambut penyokong UMNO yang memenuhi pekarangan mahkamah.

Setakat jam 9.30 pagi, ratusan penyokong bekas Perdana Menteri yang memakai baju berwarna biru dan merah itu mula memenuhi pekarangan mahkamah.

Turut dilaungkan ‘hidup bossku’, ‘kita sayang bossku’ dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. – Sinar Harian

Tags: mahkamahNajib Tun RazakSRC InternationalUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

UMNO Lancar Tabung Solidariti Najib Razak

UMNO Lancar Tabung Solidariti Najib Razak

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ibu Pejabat UMNO melancarkan Tabung Solidariti Najib Razak bagi membantu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak melunaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd