• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai, Anggota Polis Bayar Untuk Lulus Peperiksaan

oleh
15/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ada pegawai dan anggota polis membayar ribuan ringgit kerana ingin lulus peperiksaan dalaman bagi mendapatkan peluang temu duga untuk kenaikan pangkat, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Mendedahkan perkara itu, beliau berkata pihaknya ada menerima laporan mengenai pegawai dan anggota yang membayar antara RM4,000 hingga RM10,000 kepada pihak ketiga semata-mata untuk tujuan itu.

“Saya tidak akan sesekali bertoleransi dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang mengambil suapan bagi meluluskan peperiksaan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) (kepada pihak terbabit).

“Oleh yang demikian, PDRM akan mewujudkan satu sistem khas bagi mengelak pihak ketiga daripada mengakses dan mengubah keputusan peperiksaan kenaikan pangkat,” katanya kepada Bernama di Bukit Aman, di sini.

Abdul Hamid berkata sistem berkenaan akan dikendalikan terus oleh Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

“Ini kerana setiap peperiksaan yang dikendalikan PDRM perlu ada tapisan dan ia harus dikendalikan dengan penuh disiplin, berintegriti serta amanah,” katanya.

Beliau berkata sistem berkenaan akan mempunyai ciri-ciri keselamatan tinggi supaya tidak digodam oleh individu tidak bertanggungjawab hingga boleh mengubah keputusan peperiksaan.

“Beberapa tahun lepas, terdapat satu kes melibatkan orang dalam dan pelatih PDRM yang telah ditahan dan diambil tindakan berhubung perkara terbabit.

“Ada jurulatih yang menawarkan jawatan detektif dan akan mengaturkan posisi itu terhadap seorang pelatih yang ketika itu masih dalam peringkat latihan,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Abdul Hamid menegaskan Jabatan Pengurusan menyedari dan mengambil maklum berhubung isu tersebut. – BERNAMA

Tags: anggota polisPDRMpegawai polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

04/03/2026
0

Oleh Mynewshub GEORGE TOWN – Polis membuka kertas siasatan berhubung satu hantaran tular di media sosial yang menyentuh tentang satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd