• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Md Rayhan Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

oleh
29/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Warga Bangladesh yang bakal diusir, Md Rayhan Kabir, memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia susulan kenyataan yang dibuatnya dalam dokumentari berjudul ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ terbitan Al Jazeera.

Menurut peguam yang mewakili Md Rayhan, C.R.Selva, permohonan maaf itu disampaikan Md Rayhan kepadanya dalam sesi pertemuan mereka kira-kira sejam di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), di sini hari ini.

“Semasa sesi pertemuan itu, Rayhan meminta saya untuk menyampaikan permohonan maaf beliau kepada semua rakyat Malaysia dan anggota pengkuatkuasa,” katanya ketika ditemui media selepas pertemuan tersebut.

Md Rayhan ditahan di Setapak, Kuala Lumpur pada 24 Julai, selepas Jabatan Imigresen memohon bantuan orang awam menjejaki individu berkenaan yang muncul dalam dokumentari Al Jazeera.

Menerusi dokumentari itu, Md Rayhan membuat kenyataan berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang tanpa izin ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras penularan COVID-19.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud pada 25 Julai dilaporkan berkata lelaki itu akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

Selva berkata anak guamnya menyatakan bahawa kenyataannya dibuat berdasarkan apa yang dilihat iaitu ketika melihat rakannya ditahan dengan tangan bergari dan diarahkan untuk masuk ke dalam lori penguatkuasa Jabatan Imigresen.

“Beliau tidak dapat menerima apa yang dilihatnya itu dan itu merupakan pandangan peribadi beliau namun beliau tidak berniat untuk menuduh pihak berkuasa,” katanya.

Selva berkata Md Rayhan juga telah menerima arahan pengusiran keluar dari negara ini susulan tindakannya itu.

“Beliau menerima keputusan pihak berkuasa untuk menghantarnya pulang dan beliau juga tidak sabar untuk berjumpa semula dengan keluarganya,” katanya, sambil menambah kebajikan anak guamnya itu terpelihara dengan baik sepanjang ditahan Jabatan Imigresen.

Selva bagaimanapun berkata pihaknya masih belum menerima tarikh pengusiran Md Rayhan dan akan terus berhubung dengan Jabatan Imigresen untuk perkembangan kes itu.

Sementara itu seorang lagi peguam Md Rayhan, S.K.Sumitha berkata polis dari Ibu pejabat Bukit Aman menemuinya di Jabatan Imigresen sejurus selepas pertemuannya dengan Md Rayhan hari ini.

Menurut Sumitha, polis Bukit Aman turut mengambil keterangan beliau di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah kerana beliau juga muncul di dalam dokumentari itu. – BERNAMA

Tags: Al Jazeeramd rayhan kabirpendatang tanpa izinWarga Bangladesh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Wanita Antara 6 Warga Bangladesh Ditahan Terbabit Aktiviti Persundalan Di Kebun

Dua Wanita Antara 6 Warga Bangladesh Ditahan Terbabit Aktiviti Persundalan Di Kebun

08/08/2025
0

IPOH: Dua wanita antara enam warga Bangladesh ditahan polis kerana disyaki terbabit dengan aktiviti pelacuran yang dijalankan di kawasan kebun...

JIM Bongkar Eksploitasi Buruh Paksa Didalangi Warga Bangladesh

JIM Bongkar Eksploitasi Buruh Paksa Didalangi Warga Bangladesh

17/04/2025
1

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membongkar aktiviti eksploitasi buruh paksa yang didalangi warga Bangladesh dalam serbuan di sebuah tapak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd