• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tumpu Pulih Ekonomi Dalam Tempoh Setahun

oleh
10/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menumpukan usaha memulihkan ekonomi negara dalam tempoh setahun, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata kerajaan perlu bekerja keras memandangkan unjuran Bank Negara Malaysia meletakkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah perlahan iaitu pada -2 peratus hingga 0.5 peratus tahun ini.

Sekiranya usaha itu lambat digerakkan, Malaysia tidak mungkin mampu mencatatkan angka pertumbuhan ekonomi yang positif, katanya.

“Tetapi berdasarkan usaha yang dibuat sekarang termasuk pakej rangsangan ekonomi, Insya-Allah kita boleh mencapai satu tahap yang lebih positif pada tahun depan.

“Jadi sekurang-kurangnya dalam setahun ini, kita perlu memberikan tumpuan kepada usaha untuk memulihkan ekonomi negara,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Gombak (JTPD) di Selayang di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berkata kerajaan telah memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) sebagai usaha mengurangkan kesan pandemik COVID-19 dan kedua-duanya memberikan hasil positif.

Beliau berkata bagi 2021, agensi antarabangsa mengunjurkan pertumbuhan KDNK Malaysia berada dalam jajaran 6.3 peratus hingga 7.5 peratus.

“Masyarakat antarabangsa sudah yakin pentadbiran hari ini mampu memulihkan ekonomi negara, sebab itu mereka berani mengemukakan satu unjuran yang positif untuk Malaysia dan ini menggambarkan keyakinan pelabur-pelabur,” katanya.

Mohamed Azmin berkata justeru, usaha memulihkan ekonomi harus diteruskan memandangkan pelaburan baharu dapat mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi untuk rakyat Malaysia dan memberikan kesan kesejahteraan kepada semua lapisan masyarakat.

“Peringkat daerah juga kena cepat cergaskan ekonomi. Bagi mencatatkan pertumbuhan yang diunjurkan oleh Bank Dunia itu tertakluk kepada keupayaan kita untuk menyegerakan pemulihan ekonomi,” katanya.

Menurut Bank Dunia menerusi laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia yang terkini bertajuk ‘Surviving the Storm’, ekonomi Malaysia diunjurkan kembali mencatatkan pertumbuhan pada 6.9 peratus tahun depan. – BERNAMA

Tags: Ekonomi Malaysiapandemik COVID-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ekonomi Malaysia Kembali Stabil Pada 2022 – Pakar Ekonomi

28/12/2021
0

KUALA LUMPUR : Di sebalik kelemahan ekonomi global dan bazooka dalam pasaran ekuiti dan bon, ekonomi Malaysia diyakini mampu tampil...

BNM: Ekonomi M’sia Menguncup 4.5% Pada Suku Ketiga 2021

12/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia menguncup sebanyak 4.5 peratus pada suku ketiga 2021 berbanding dengan pertumbuhan 16.1 peratus yang dicatatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd