• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Adib Mahu Saman PDRM

oleh
17/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KELUARGA Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akan mengambil tindakan sivil untuk menuntut ganti rugi atas kegagalan dan kecuaian pihak polis sehingga menyebabkan kematian anggota bomba itu.

Bapa Allahyarham Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, berkata, kematian anaknya yang belum terbela menyebabkan mereka sekeluarga masih bersedih walaupun reda dengan pemergiannya itu.

“Saya kehilangan anak tetapi kematiannya masih belum terbela, jadi saya mahu menuntut ganti rugi, kami sekeluarga sungguh kecewa dan tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

“Saya berasa perkara ini pelik, bagaimana Ketua Polis Negara membuat kenyataan bercanggah sedangkan Mahkamah Koroner sudah putuskan arwah meninggal dunia akibat perbuatan jenayah,” katanya ketika dihubungi di Alor Setar hari ini.

Mohd Kassim yang juga pesawah berkata, keluarganya sangat berharap polis dapat mengenal pasti saksi dan menangkap pesalah yang memukul anaknya sehingga meninggal dunia.

Katanya, keputusan yang dibuat Mahkamah Koroner bukan satu perkara mudah dan ia mengambil masa lama kerana perlu memanggil saksi dan pakar tertentu.

“Kita sama-sama hormat keputusan mahkamah, tidak lagi perlu ungkit bagaimana anak saya menemui ajal, sekarang masanya untuk mencari pesalah dan heret mereka ke mahkamah,” katanya yang tinggal di Kampung Tebengau, Kuala Kedah.

Isnin lalu, Abdul Hamid berkata, sehingga kini masih tidak ada saksi yang dipanggil memberi keterangan benar-benar melihat Adib dipukul.

Hamid berkata, kesemua keterangan yang diperoleh pihaknya bersifat dengar cakap dan juga pendapat.

Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN).

Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui. – myMetro Online

Tags: anggota bombaMuhammad AdibPDRMsaman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PPSMI Tak Akan Diperkenalkan Semula

Next Post

Editor Buku Hina Jata Negara Lari Ke Luar Negara

Related Posts

CEO Batu: Polis Akan Siasat Sekiranya Ada Dakwaan Mangsa Baharu

CEO Batu: Polis Akan Siasat Sekiranya Ada Dakwaan Mangsa Baharu

24/05/2025
0

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan pempengaruh media sosial dikenali sebagai 'CEO Batu'...

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

08/05/2025
0

BATU GAJAH – Tidak menerima gaji sehingga lima bulan merupakan antara nasib malang yang dialami oleh 55 pekerja warga asing...

Next Post

Editor Buku Hina Jata Negara Lari Ke Luar Negara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd