• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Rakyat Panas Sebaik Usul Tukar Speaker Dibawa

oleh
13/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seperti diramal, usul dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menukar Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dengan mencadangkan calon lain iaitu Datuk Azhar Azizan@Harun menukar suhu Dewan Rakyat hari ini menjadi ‘panas’.

Suasana bertukar kecoh sebaik sahaja Timbalan Speaker, Datuk Rashid Hasnon membuka ruang untuk perbahasan bagi usul yang dibawa Muhyiddin itu.

“Usul Perdana Menteri ini terbuka untuk dibahaskan. Saya jemput, saya beri tempoh masa 10 minit. Dua dari sebelah sini (pembangkang) dan dua dari sebelah sini (kerajaan),” katanya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pertama bangun dan meminta Yang Dipertua tidak menghadkan masa dan jumlah Ahli Parlimen bagi membahaskan usul tersebut.

“Timbalan Yang Dipertua, ini soal yang penting bagi Ahli Parlimen, saya cadangkan Timbalan Yang Dipertua jangan mengambil keputusan terlalu pantas dan gopoh untuk menghalang Ahli-Ahli Parlimen daripada berbahas.

“Ini soal besar, bukan soal teknikal. Dengar dan saya percaya Perdana Menteri boleh mendengar dan menjawab dan sebelum Ahli-Ahli Parlimen memutuskan dengan mengundi.

“Jadi tidak ada sebab mengapa kita nak hadkan kepada dua orang dan menghadkan masa dengan pantas kerana isu ini, isu besar bagi negara. Pertama kali berlaku dalam sejarah,” katanya.

Bagaimanapun persoalan yang dibangkitkan Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson tidak dipersetujui Ahli Parlimen blok kerajaan. – Sinar Harian

Tags: Mohamad Ariff Md YusofSpeaker Dewan Rakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Speaker Dewan Rakyat Syor PLKN Dikembalikan Semula

Speaker Dewan Rakyat Syor PLKN Dikembalikan Semula

03/06/2023
0

BANGI: Negara perlu membuat persediaan awal melahirkan lebih ramai pemimpin pelapis supaya masa hadapan Malaysia dapat menjadi lebih baik. Ikuti...

Pemilihan Speaker Dewan Rakyat Pada 19 Disember Ini

Pemilihan Speaker Dewan Rakyat Pada 19 Disember Ini

01/12/2022
0

SHAH ALAM - Pemilihan Speaker merupakan agenda utama dalam persidangan Dewan Rakyat bagi Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang akan bersidang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd