• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Debat Isu TH: Abdul Azeez Sahut Cabaran Mujahid

oleh
22/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menyahut cabaran bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof untuk berdebat berkaitan isu TH.

Menurut Abdul Azeez, beliau dengan jiwa terbuka bersetuju dengan ajakan debat yang dibuat oleh Ahli Parlimen Parit Buntar itu.

“Hari ni saya mendapat satu jemputan debat dan saya dengan jiwa yang terbuka bersetuju dengan cadangan ini.

“Semoga ahli panel yang dicadangkan, YB Parit Buntar dapat memberikan jawapan untuk cadangan debat ini.

“Saya menunggu maklum balas daripada pencadang sama ada YB Parit Buntar sudi dengan jemputan ini. Kebetulan hari raya korban nak dekat dah ni…,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling memberikan cadangan supaya debat bertajuk ‘Tabung Haji: Di Mana Silapnya?’ diadakan pada jam 8.30 malam, Selasa ini (28 Julai) bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Beliau turut menyarankan supaya Timbalan Presiden Angkatan Karyawan Nasional (AKAR), Ayatullah Helme Mohd Hanafi dipilih menjadi moderator untuk perdebatan tersebut.

Semalam, media melaporkan Mujahid mencabar Abdul Azeez untuk berdebat mengenai kedudukan institusi kewangan yang menguruskan dana umat Islam itu dan dakwaan-dakwaan perkembangan TH sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, beliau juga tiada masalah untuk menjemput Abdul Azeez membentangkan segala fakta dan dakwaan dalam perdebatan itu nanti.

Katanya, beliau mahu berdebat secara terbuka dengan Abdul Azeez selepas Ahli Parlimen Baling itu galak mencelah ketika beliau berucap di Parlimen pada 15 Julai lalu. – Sinar Harian

Tags: Abdul Azeez Abdul RahimdebatMujahid Yusof RawaTabung Haji
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lagi Kluster Baharu COVID-19 Dikesan Di Sarawak

Next Post

Suami YouTuber Sensasi Ditahan Cederakan Isteri

Related Posts

Iran Sahkan Operasi Janji Benar Sudah Berakhir

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah...

Adam Adli Sedia Berdebat Dengan Syed Saddiq Selepas PRN

Adam Adli Sedia Berdebat Dengan Syed Saddiq Selepas PRN

04/08/2023
0

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim bersedia untuk menerima jemputan Presiden MUDA, Syed Saddiq...

Next Post

Suami YouTuber Sensasi Ditahan Cederakan Isteri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd