• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

COVID-19: Tiada Kematian Direkod 22 Hari Berturut-Turut

oleh
06/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kes jangkitan COVID-19 di negara ini terus menunjukkan perkembangan baik dengan tiada kematian direkodkan selama 22 hari berturut-turut sejak 15 Jun, dengan kes baharu dicatatkan hari ini kekal satu angka seperti semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat pandemik itu kekal sebanyak 121 kes atau bersamaan 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau berkata terdapat lima kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 8,668 kes dengan jumlah kebolehjangkitan 71 kes.

“Daripada lima kes baharu dilaporkan, tiga kes import mendapat jangkitan di luar negara melibatkan dua warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara (pemastautin tetap) dan dua lagi kes membabitkan penularan dalam negara,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini, hari ini.

Memperincikan dua kes penularan dalam negara, beliau berkata satu kes melibatkan bukan warganegara dikesan melalui saringan dalam komuniti oleh Pejabat Kesihatan Daerah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sementara itu, satu lagi kes melibatkan warganegara Malaysia iaitu saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes ke-8,649), katanya.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat dua kes positif wabak itu sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

Selain itu, beliau berkata sebanyak 11 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah kes pulih sepenuhnya 8,476 kes atau 97.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan 414 daripada 5,804 individu di bawah arahan pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) masih perlu menjalani ujian COVID-19 untuk hari ke-13.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan (KKM) turut menzahirkan penghargaan kepada semua pengembara yang pulang ke Malaysia dengan pematuhan kepada syarat perintah termasuk hadir ke Klinik Kesihatan atau klinik swasta untuk membuat saringan hari ke-13.

“KKM juga menyampaikan penghargaan kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kerjasama mereka dalam aktiviti pengesanan individu yang perlu menjalani saringan hari ke-13,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Noor Hisham memberi peringatan bahawa Malaysia perlu mengambil iktibar daripada situasi di Victoria, Australia yang membuat pengumuman untuk menutup 55 laluan masuk di sempadan kawasan itu dengan New South Wales selepas kes COVID-19 kembali meningkat.

“Ini susulan daripada jangkitan virus itu kembali menular di beberapa bandar utama dan salah satu faktor berlaku pelanggaran SOP (prosedur operasi standard) oleh penduduk yang pulang dari luar negara di pusat kuarantin,” jelasnya. – BERNAMA

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd