• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bimbang Kes Harian Covid-19 Makin Meningkat

oleh
21/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JUMLAH kes harian Covid-19 dilaporkan didapati terus meningkat dan membimbangkan terutama kes penularan di dalam negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pada 9 Julai lalu jumlah kes aktif didapati menurun kepada 63 kes, namun mula meningkat kepada lebih 100 kes pada 19 Julai dan kini ia mencecah 130 kes.

“Sehingga 21 Julai, jumlah kluster aktif adalah 19 kluster iaitu terdapat 13 kluster baharu diumumkan dalam 10 hari kebelakangan ini. 

“Tiga daripada 13 kluster itu berkaitan dengan penularan tempatan kes Covid-19 daripada kes import iaitu Kluster individu dalam siasatan (PUI) Novgorod, PUI Shirala dan PUI Pitakwa.

“Kluster Jupiter tidak mengakibatkan penularan tempatan memandangkan ia kluster terpencil (isolated) di dalam sebuah kapal yang sedang berlabuh,” katanya pada sidang media harian Covid-19 Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, KKM menyambut baik keputusan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri yang mewajibkan prosedur kuarantin wajib 14 hari kepada mana-mana warga asing atau rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara di Stesen Kuarantin ditetapkan kerajaan berkuat kuasa Jumaat ini.

Beliau berkata, tindakan itu diharap dapat mengelakkan daripada berlaku lagi kluster seperti ini. 

“Namun begitu, harus diingat terdapat sembilan kluster lain dengan penularan berkaitan kes tempatan di dalam negara dan tidak berkaitan dengan kes import. 

“Ini menunjukkan masyarakat sememangnya mulai alpa dan leka, lalu mula tidak mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKMkluster
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd