• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Antibodi Mereka Yang Sembuh Dalam Kluster Sungai Lui Rendah

oleh
15/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kajian yang dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke atas mereka yang sembuh daripada COVID-19 dalam kluster Sungai Lui mendapati kehadiran antibodi yang rendah, iaitu hanya 20 peratus, yang bermakna mereka boleh dijangkiti kembali. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kajian dari negara lain turut mendapati mereka yang dijangkiti COVID-19 berhadapan dengan antibodi yang semakin berkurangan selepas lapan minggu pulih.

“Sepatutnya mereka yang dijangkiti COVID-19 mengalami peningkatan antibodi sehingga  80 peratus,” katanya kepada pemberita pada sidang media perkembangan COVID-19 di KKM. 

Oleh itu, katanya, Malaysia sedang menimbang untuk menjalankan kajian fasa ketiga mengenai COVID-19 dalam mencari kaedah terbaik untuk merangsang antibodi yang berkekalan pada pesakit yang sudah sembuh. 

Mengulas mengenai sifar penularan tempatan kes COVID-19 pada hari ini Dr Noor Hisham berkata ia menepati unjuran modelling KKM sebelum ini yang menyatakan pada tarikh ini kes penularan tempatan adalah sifar. 

“Kes positif COVID-19 baharu pada hari ini adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang kita tidak dapat kawal,” katanya lagi. 

Ditanya mengenai kebimbangan KKM pada masa ini, Dr Noor Hisham berkata beliau khuatir rakyat mula leka dan kembali kepada kehidupan normal tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP). 

“Barah virus (COVID-19)  itu ada lagi dan boleh merebak atau kembali kalau kita leka dan tidak ambil tindakan  pencegahan atau jaga kebersihan,” katanya. 

Ditanya sama ada KKM bercadang menjadikan pemakaian pelitup muka sebagai mandatori, Dr Noor Hisham berkata KKM tidak berhasrat untuk menggunakan kaedah sebegitu.

“Bagaimanapun, KKM amat menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka terutamanya ketika berada di tempat awam,” katanya lagi. – BERNAMA 

Tags: antibodiCovid-19kluster sungai lui
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd