• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Zahir Sokongan Langkah Tegas Kerajaan Kekang PTI

oleh
16/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan sokongan terhadap langkah tegas kerajaan dalam mengekang kemasukan pendatang tanpa izin dan membanteras jenayah rentas sempadan demi keselamatan serta kesejahteraan rakyat.

Seri Paduka mengambil maklum berkenaan pelaksanaan operasi bersepadu Operasi Benteng (Op Benteng) yang diterajui bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini. 

Operasi berkenaan bertujuan mengawal ketat sempadan negara daripada dibolosi pendatang tanpa izin untuk mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak COVID-19 yang dikhuatiri dibawa warga asing yang masuk secara haram.

“Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan harapan agar kerajaan terus memperhebat usaha tersebut dan tidak mengambil sikap sambil lewa terhadap soal keselamatan rakyat dan negara kerana terdapat beberapa negara yang masih berisiko tinggi COVID-19.  

“Seri Paduka Baginda amat menghargai usaha-usaha baik kerajaan, Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi yang berkaitan khususnya petugas barisan hadapan yang telah bertungkus-lumus memerangi penularan COVID-19 selama ini dan usaha-usaha tersebut perlu ditambah baik dengan langkah-langkah susulan seperti Op Benteng, contohnya,” katanya.

Ahmad Fadil berkata Seri Paduka bagaimanapun menzahirkan rasa kesal dengan kes-kes penangkapan beberapa anggota PDRM dan ATM yang disyaki terbabit dalam sindiket jenayah terancang penyeludupan pendatang tanpa izin baru-baru ini.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan sokongan terhadap tindakan penangkapan tersebut bagi membanteras jenayah rentas sempadan negara kerana kerajaan tidak boleh bertolak ansur dalam perkara yang berkait dengan keselamatan rakyat dan negara,” katanya.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja berkata Al-Sultan Abdullah menegaskan anggota penguat kuasa agensi-agensi kerajaan sepatutnya memikul tanggungjawab dan amanah dengan penuh dedikasi dan disiplin.

Al-Sultan Abdullah turut menyeru rakyat untuk bersama-sama memainkan peranan dan mempunyai kesedaran serta tanggungjawab membantu pihak kerajaan dan agensi penguat kuasa dalam menangani isu pendatang tanpa izin. – BERNAMA

Tags: pendatang tanpa izinYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Titah Perkukuhkan Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Dan Pintu Masuk Negara

Agong Titah Perkukuhkan Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Dan Pintu Masuk Negara

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah supaya kementerian serta agensi berkaitan meningkatkan kawalan serta tahap keselamatan di...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Premier Sarawak

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Premier Sarawak

05/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd