• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Kluster Baharu Hari Ini, 18 Kluster Dikesan Sejak PKPP

oleh
24/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti tiga lagi kluster baharu hari ini menjadikan keseluruhan 18 kluster dikesan sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan 10 Jun lalu. 

Lapan belas kluster itu tidak termasuk empat lagi kluster yang sedia ada sebelum PKPP dilaksanakan, menjadikan keseluruhan kluster akibat penularan wabak itu dalam negara ketika ini adalah 22 kluster. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kluster baharu itu adalah Kluster Elsa, Kluster PUI Ramnad dan Kluster PUI Al Khobar.

Beliau berkata, kes indeks bagi Kluster Elsa adalah seorang bukan warganegara membabitkan kes ke-8,839, seorang kru kapal yang mempunyai sejarah perjalanan menaiki kapal terbang dari Filipina dan transit di Korea.

Katanya, individu itu masuk ke Malaysia pada 16 Julai lalu untuk mula bekerja dan saringan Covid-19 di Filipina pada 14 Julai lalu dilaporkan negatif sebelum dia menaiki kapal terbang ke Kuantan, Pahang.

“Beliau bermalam di sebuah hotel di Kuantan sebelum dibawa ke kapal untuk menjalani kuarantin di atas kapal selepas mendapat kelulusan Jabatan Laut.

“Individu terbabit mula mengalami gejala lima hari kemudian iaitu pada 20 Julai lalu (Isnin lalu) dan dikesan positif pada 22 Julai lalu (Rabu lalu) dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang.

“Setakat ini, seramai 108 individu disaring dengan tiga dikesan positif membabitkan dua bukan warganegara dan seorang warga Malaysia, manakala 48 lagi negatif dan 57 masih menunggu keputusan,” katanya mengenai situasi semasa jangkitan Covid-19 di Malaysia dalam kenyataannya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, bagi Kluster PUI Ramnad, kes indeks kluster itu adalah membabitkan seorang warga tempatan yang pulang dari India pada 6 Julai lalu iaitu kes ke-8,817.

Katanya, saringan terhadap individu ini dilakukan di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didapati negatif Covid-19 dan dia menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) sebelum mula mengalami gejala ringan pada 19 Julai lalu (Ahad lalu). 

“Saringan hari ke-13 HSO didapati positif dan dia dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor. Susulan itu, seramai 18 individu yang terdiri daripada enam ahli keluarga dan 12 penumpang pesawat disaring setakat ini. 

“Daripada jumlah itu, dua individu dikesan positif ahli keluarga kes indeks manakala 13 lagi negatif dan tiga masih menunggu keputusan,” katanya. 

Mengenai Kluster PUI Al Khobar, beliau berkata, ia kes indeks membabitkan seorang warga tempatan yang pulang dari Arab Saudi pada 10 Julai lalu iaitu kes ke-8,803. 

Katanya, saringan dilakukan di pintu masuk KLIA mendapati individu itu negatif Covid-19 dan menjalani HSO bersama lima ahli keluarga di rumah keluarga mereka yang juga pulang dari negara berkenaan dengan menaiki pesawat sama.

“Rumah keluarga itu turut didiami dua ahli keluarga yang lain. Kes indeks mula mengalami gejala pada 18 Julai lalu dan dikesan positif Covid-19 pada 20 Julai lalu.

“Susulan itu, tujuh ahli keluarganya disaring dengan seorang daripadanya dikesan positif, manakala enam lagi negatif,” katanya. 

Katanya, siasatan dan saringan kontak rapat sedang diteruskan termasuk saringan penumpang lain pesawat yang dinaiki kes indeks kluster terbabit. – myMetro Online

Tags: Covid-19klusterperintah kawalan pergerakan pemulihan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Tak Benar Pilih Stesen Kuarantin

Next Post

Md Rayhan Akan Diusir Selama-Lamanya

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Md Rayhan Akan Diusir Selama-Lamanya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd