• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

13 Kes Baharu Covid-19, Babit 8 Kes Import

oleh
29/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JANGKITAN baharu Covid-19 dalam negara merekodkan 13 kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 8,956 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lapan kes adalah membabitkan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara masing-masing membabitkan empat warga Malaysia dan bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia.

“Lapan kes import itu adalah masing-masing dua dari United Kingdom dan India, manakala satu dari Filipina, Pakistan, Gambia dan Ukraine.

“Kes penularan Covid-19 dalam negara dalam kalangan warganegara Malaysia pula adalah satu kes di Johor membabitkan saringan di tempat kerja (iaitu sign-off kapal), Sarawak (1 kes daripada Kluster Sentosa) dan Sabah (1 kes saringan bergejala di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu).

“Bagi kes jangkitan dalam negara dalam kalangan bukan warganegara pula adalah satu kes di Sarawak (Kluster Mambong) dan Perlis (1 kes saringan PATI) sebelum dipindahkan ke Depot Tahanan Imigresen Kangar,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, daripada keseluruhan jumlah kumulatif Covid-19 di Malaysia, kes aktif dan kebolehjangkitan sebanyak 220 kes.

“Sehingga kini, hanya dua kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, justeru jumlah kumulatif kes kematian dalam negara kekal kekal 124 kes (1.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd